The BEST 2011

Bengkel Solat bersama Ustaz Ajmain dari Fakulti Tamadun Islam

JKM Day KTHO

Pameran Kelab Hikmah dan Jualan Al-Quran

Perhimpunan RIMBA

Berkelah bersama-sama adik-adik Tahun 1 di Air Terjun Gunung Pulai

IFTAR Kubra

Berbuka Puasa Bersama-sama Setiap Hari Khamis Dua Minggu Sekali

Kem Pemantapan Kelab Hikmah

Kursus Pengurusan Untuk Ahli-Ahli Kelab Hikmah

Blogroll


ShoutMix chat widget

Thursday, March 1, 2012

Waktu Mustajab Berdoa



Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a:-

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

“Apabila imam mengatakan ‘Amin’, maka ucapkanlah ‘Amin’. Sesiapa yang mengucapkan ‘Amin’ bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.

“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.

“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.

“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”(Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.


9.Selesai solat fardu.

“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.


13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).


14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.

“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

18.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

22. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)    Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. 
Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

p/s:- Jangan lupa doakan saudara seagama kita khususnya saudara2 kita di Syria sekarang..~

Tuesday, February 28, 2012

Wanita Mudah Menangis?


Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Soleh Musleh

Monday, December 26, 2011

Berilah Peringatan


Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Ketika diturunkan ayat ini:  Dan berilah peringatan berbentuk ancaman kepada kaum kerabatmu yang terdekat,   yaitu kaum kerabatmu yang benar-benar ikhlas. Rasulullah saw. keluar dan naik ke bukit Shafa, lalu berteriak: Hati-hatilah! Orang-orang saling bertanya: Siapa yang berteriak? Di antara mereka berkata: Muhammad! Mereka pun berkumpul mengerumuni beliau. Beliau bersabda: Wahai Bani fulan! Wahai Bani fulan! Wahai Bani fulan! Wahai Bani Abdi Manaf! Wahai Bani Abdul Muthalib! Mereka mengerumuni beliau. Lalu beliau bersabda: Apa pendapat kalian seandainya aku beritahu kalian bahwa pasukan berkuda akan keluar di kaki gunung ini. Apakah kalian mempercayaiku? Orang-orang menjawab: Kami telah buktikan engkau tidak pernah berbohong. Rasulullah saw. bersabda: Aku peringatkan kalian akan siksa yang sangat pedih. Mendengar itu Abu Lahab berkata: Celaka engkau! Hanya untuk inikah engkau mengumpulkan kami? Kemudian ia pergi. Lalu turunlah surat ini, Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan ia benar-benar binasa 

(HR MUSLIM)

Wednesday, December 21, 2011

Pembunuh Manusia Terbaik Sepanjang Zaman


WAHSYI BIN HARB


Beliau membunuh manusia terbaik
selepas Muhammad… Beliau juga
membunuh manusia paling jahat
[Sejarawan]

          Siapa yang menghiris luka hati Nabi s.a.w. dengan membunuh pakciknya Hamzah bin ‘Abdul Muththolib dalam peperangan Uhud?!

          Siapa yang kemudiannya menyembuhkan kelukaan hati orang Islam apabila dia membunuh Musailimah al-Kazzab ketika peperangan al-Yamamah?!

          Sesungguhnya orang tersebut ialah Wahsyi bin Harb al-Habsyi.  Beliau dikenali dengan Abu Dasmah…

          Beliau mempunyai kisah ganas, menyayat hati dan berdarah…

          Kamu dengar sendiri daripada beliau kisah sedih hidupnya.  Kata Wahsyi:

          Saya adalah seorang hamba kepada Jubair bin Muth’im salah seorang pemuka Quraisy.

          Pakciknya Thu’aimah telah terbunuh dalam peperangan Badar di tangan Hamzah bin ‘Abdul Muththolib.  Dia amat sedih dan bersumpah demi Lata dan ‘Uzza akan membalas dendam untuk pakciknya itu.  Dia pasti akan membunuh orang yang membunuh pakciknya…  dia menunggu peluang untuk membunuh Hamzah.

*       *       *

          Tidak berapa lama selepas kekalahan di Badar, Quraisy berazam untuk keluar ke Uhud demi menghapuskan Muhammad bin ‘Abdullah.  Membalas dendam untuk tentera mereka yang terbunuh di Badar.  Lalu mereka menyusun ketumbukan tentera, mengumpul sekutu, menyediakan persiapan dan menyerahkan kepimpinan ketenteraan kepada Abu Sufya bin Harb.

          Saya melihat Abu Sufyan menyertakan sama wanita-wanita kenamaan Quraisy yang kematian bapa, anak, adik beradik atau kaum keluarga dalam peristiwa Badar.  Tujuannya adalah untuk membakar semangat tentera untuk berperang.  Ia juga akan menghalang golongan lelaki lari dari medan tempur.  Wanita Quraisy tersebut diketuai oleh isteri Abu Sufyan sendiri, Hindu bin ‘Uthbah.

          Bapa, saudara lelaki dan pakciknya, semua terbunuh dalam peperangan Badar…

          Apabila tentera Quraisy hampir bertolak ke medan, Jubair bin Muth’im memandang saya dan bertanya:  “Wahai Abu Dasmah, adakah kamu mempunyai jalan untuk membebaskan diri daripada penghambaan?”

          “Siapa saya untuk membebaskan diri.”, jawab saya.

          “Saya boleh tunjukkan jalannya.”, celah Jubair pantas.

          “Bagaimanan…?!”, tanya saya.

          “Jika kamu berjaya membunuh Hamzah bin ‘Abdul Muththolib pakcik Muhammad yang telah membunuh pakcik saya Tu’aimah bin ‘Adi, kamu saya merdekakan.”, jelas Jubair.

          “Siapa lagi yang boleh menjamin penunaian janji tersebut?”, tanya saya lagi.

          “Sesiapa sahaja yang kamu pilih.  Saya akan memberi pernyaksian tentang perkara tersebut di hadapan orang ramai.”, jawab Jubair meyakinkan saya.

          “Saya akan laksanakan…”, tegas saya.

          Cerita Wahsyi lagi:

          Saya merupakan seorang lelaki berbangsa Habsyah yang mahir merejam lembing.  Setiap rejaman saya tidak pernah tersasar.

          Lalu saya mengambil lembing saya dan berangkat bersama-sama tentera Quraisy.  Saya berjalan di belakang, hampir dengan kumpulan wanita.  Saya tidak bermaksud ingin terjun ke medan berperang…

          Apabila saya melintasi berhampiran Hind, isteri Abu Sufyan, dia ternampak tombak saya berkilau di tangan terkena cahaya matahari.  Dia berkata kepada saya:  “Wahai Abu Dasmah, ubatilah hati kami yang luka…”

          Apabila kami tiba di medan Uhud, pertempuran sengit pun tercetus.  Saya keluar mencari Hamzah bin ‘Abdul Muththolib.  Saya memang mengenalinya sebelum ini lagi.  Tidak seorang pun yang tidak mengenali Hamzah lantaran beliau menyisipkan bulu burung unta di kepalanya tanda kepahlawanan.  Cara ini dilakukan oleh para pahlawan perkasa Arab.

          Tidak beberapa ketika, saya ternampak Hamzah berteriak di tengah-tengah kecamuk pertempuran.  Beliau bagaikan seekor unta yang gagah.  Beliau menetak tentera musuh dengan pedangnya.  Tiada yang bertahan di hadapannya.  Tiada yang mampu teguh menentangnya…

          Saya bersiap sedia untuk menyerang hendapnya.  Saya berlindung di sebalik pokok dan batu menanti beliau datang hampir kepada saya.  Tiba-tiba salah seornag pahlawan berkuda Quraisy bernama Siba’ bin ‘Abdul Uzza mencabar beliau:  “Mari bertarung dengan saya…”

          Hamzah mara ke arahnya seraya berkata:  “Ayuh ke sini wahai anak si kafir…  mari ke sini…”

          Sepantas kilat Hamzah menyerbu dan memancung Siba’ dengan pedangnya.  Siba’ jatuh tersungkur ke bumi berlumuran darah.

          Ketika itu saya berdiri di kedudukan yang cukup sesuai menghadapi Hamzah.  Saya mensasarkan tombak saya tepat ke arahnya.  Saya rejam ke arahnya.  Ia mengenai bawah perutnya dan tembus antara dua kakinya.

          Beliau melangkah lemah ke arah saya.  Selepas dua langkah beliau jatuh tersungkur.  Tombak saya masih lagi tertusuk di badannya.  Saya biarkan sehingga saya yakin beliau telah mati.  Kemudian saya pergi kepadanya dan mencabut tombak tersebut dan kembali ke khemah.  Saya duduk dalam khemah kerana saya tiada urusan lain lagi.  Sesungguhnya saya membunuhnya untuk memerdekakan diri saya…

*       *       *

          Pertempuran bertambah sengit.  Mara dan undur silih berganti.  Namun kekalahan berputar menimpa para sahabat Muhammad.  Ramai kalangan mereka yang terbunuh.

          Ketika itu Hind binti ‘Utbah segera mendapatkan mayat-mayat tentera Islam.  Dia diikuti sekumpulan wanita.  Dia mengelar, membelah perut, mengorek mata, memotong hidung dan telinga mayat tentera Islam…

          Kemudian Hind menjadikan hidung dan telinga yang dipotong sebagai kalung dan subang.  Dia menanggalkan kalung dan subang emasnya lalu memberi kepada saya.

          “Ini untuk kamu wahai Abu Dasmah…  ini untuk kamu…”, kata Hind riang.

          “Simpanlah kerana harganya amat mahal.”

          Apabila pertempuran di Uhud reda dan tamat.  Saya kembali ke Mekah bersama tentera Quraisy.  Jubair bin Muth’im memerdekakan saya sebagaimana yang dijanjikannya.  Saya pun menjadi seorang lelaki yang merdeka.

*       *       *

          Namun dakwah Muhammad semakin hari semakin subur berkembang.  Bilangan orang Islam semakin hari semakin bertambah.  Semakin berkembangnya dakwah Muhammad bermakna semakin bertambahlah kerunsingan saya.  Saya semakin diselubungi ketakutan, kebimbangan dan kerunsingan.

          Situasi diri saya ini terus berlarutan sehinggalah Muhammad dan tenteranya masuk membuka kota Mekah.  Ketika itu saya melarikan diri ke Thoif mencari perlindungan.

          Namun tidak berapa lama ramai penduduk Thoif cenderung terhadap Islam.  Mereka mempersiapkan rombongan untuk bertemu Muhammad dan mengisytiharkan keislaman mereka.

            Ketika itu saya semakin menyesal dan bingung.  Bumi saya rasa semakin sempit.  Jalan semakin buntu dan terhalang.  Saya berkata di dalam hati:  “Apa kata saya pergi ke Syam, Yaman atau ke negeri-negeri lain.”

            Demi Allah, sedang saya dalam keadaan kebingungan, seorang lelaki menenangkan saya.  Beliau menasihatkan saya:  “Kesiannya kamu wahai Wahsyi, ketahuilah demi Allah bahawa Muhammad tidak membunuh sesiapa yang memeluk agamanya dan mengucapkan dua kalimah syahadah.”

            Apabila saya mendengar sahaja kata-kata lelaki tersebut, saya terus keluar menuju ke Yatsrib untuk bertemu Muhammad.  Setelah sampai di sana meninjaunya.  Saya mendapat tahu Baginda berada di masjid…

            Lalu saya masuk bertemunya segera tetapi berwaspada.  Saya menuju ke arahnya hingga benar-benar berdiri di hadapannya.

            Saya mengucapkan:  (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Ta’ala dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ialah pesuruh Allah.)

            Apabila Baginda mendengar sahaja dua kalimah syahadah saya, Baginda terus mengangkatkan kepala memandang saya.  Setelah mengecam muka saya Baginda terus berpaling dan bertanya:  “Adakah kamu bernama Wahsyi!!?”

            “Ya Rasulullah.”. jawab saya.

            “Duduk dan ceritakan kepada saya bagaimana kamu membunuh Hamzah.”, perintah Nabi s.a.w..

            Saya pun duduk dan menceritakan kepadanya peristiwa tersebut.

            Apabila saya habis menceritakan kepadanya, Baginda memalingkan mukanya daripada saya seraya berkat:  “Teruknya kamu wahai Wahsyi.  Jangan kamu tunjukkan mukamu kepada saya.  Sejak hari ini saya tidak mahu lagi melihat wajah kamu…”

            Maka sejak hari tersebut saya menjatuhkan diri saya daripada dilihat oleh Rasulullah s.a.w..  Apabila para sahabat duduk berhadap dengan Nabi s.a.w., saya akan mengambil tempat di belakangnya.

            Situasi ini berlaku sehingga Nabi s.a.w. diambil kembali bertemu Tuhannya.

*       *       *

            Beliau menyambung ceritanya lagi:

            Meskipun saya mengetahui bahawa Islam menghapuskan semua dosa yang dilakukan sebelum menganut Islam, saya tetap merasakan padah jenayah saya tersebut dan kesan buruk tindakan saya tersebut itu kepada Islam.  Oleh itu saya ternanti-nanti waktu dan ketikanya untuk menebus kesalahan saya yang lalu.

*       *       *

            Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, khilafah Islam diterajui  oleh sahabatnya Abu Bakar as-Shiddiq.  Ketika it Bani Hanifah penyoking Musailimah telah murtad.  Khalifah Abu Bakar mempersiapkan angkatan tentera untuk memerangi Musailimah dan mengembalikan kaumnya Bani Hanifah kepada agama Islam.

            Saya berkata kepada diri saya:  “Demi Allah, inilah peluang kamu wahai Wahsyi.  Rebutlah peluang ini.  Jangan biarkan ia terlepas.”

            Saya pun keluar bersama tentera Islam.  Saya mengambil tombok yang telah saya gunakan untuk membunuh Hamzah.  Saya bersumpah kepada diri saya sendiri bahawa saya akan membunuh Musailimah atau saya sendiri mati syahid.

            Apabila tentera Islam menyerbu dan bertempur dengan tentera Musailimah yang berkubu di ‘hadiqah al-Maut’,[1] saya mengintip Musailimah.  Saya lihat beliau berdiri dengan pedang terhunus.  Saya perasan ada seorang lelaki Anshor turut mengintip kedudukan Musailimah sebagaimana saya.  Kami sama-sama ingin membunuhnya…

            Tatkala saya berada di tempat yang sesuai, saya mengacukan tombak saya ke arahnya.  Setelah tombak tersebut kejap dalam genggaman saya, saya rejam ke arahnya.  Tombak tersebut tepat mengenai Musailimah…

            Pada waktu yang sama ketika saya merejam tombok tersebut, lelaki Anshor tadi melompat ke arah Musailimah dan menetaknya dengan pedang…

            Hanya Tuhanmu yang Maha Mengetahui siapa sebenarnya yang membunuh Musailimah.

            Jika saya yang membunuhnya, saya telah membunuh manusia terbaik selepas Muhammad…  Saya juga membunuh manusis paling jahat…





[1] Iaitu kebun tempat perlindungan Musailimah dan pengikutnya.  Dinamakan sedemikian lantaran ramai orang murtad mati terbunuh dalam kebun tersebut.

Tuesday, December 20, 2011

Komik | Indahnya Berkawan =)

 Posted Image

Posted Image

Indahnya berkawan bilamana Ikhlas kerana Allah Ta'ala,

^_^ Salam ukhuwah fillah dari Kelab Hikmah ^_^

Friday, December 16, 2011

Komik | Aku & Naqibah =)

Assalamu'alaikum,

Moga komik ini bermanfaat kepada semua pembaca. =)









Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dai kejahatan yang diperbuatnya. Mereka berdoa, " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.

Al- Baqarah : 286

Tuesday, December 13, 2011

Hadis 2 : Rukun Islam dan Tonggak Utamanya


عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله  عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا ل
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري ومسلم.

Maksudnya:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Penerangan:

1. Islam di bina di atas lima rukun. Sesiapa yang mengingkari salah satu darinya, maka ia bukanlah muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Lima perkara tersebut menjadi tiang dan pasak kepada binaan islam. Jika tidak, sudah pasti binaannya tidak kukuh.

2. Susunan rukun Islam di dalam kenyataan hadith ini adalah mengikut kepentingannya.

3. Pengertian kalimah syahadah (kesaksian): Lailaha illallah ialah tiada tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah. Pengertian Muhammad adalah pesuruh Allah ialah taat kepada perintahnya, mengakui kebenaran yang disampaikannya, menjauhi perkara larangannya, dan beribadat kepada Allah mengikut ketetapan syariat.

4. Seseorang tidak dikira menganut islam melainkan dengan ucapan kalimah syahada. terdapat tujuh syarat membuktikan pengucapan kalimah ini berguna, iaitu: Berilmu tanpa jahil, yakin tanpa ragu, patuh tanpa ingkar, ihklas tanpa syirik, benar tnapa dusta, kecintaan kerananya dan bermusuhan kerananya.

5. Solat adalh rukun Islam yang terbesar selepas ucapan kalmah syahadah. Selain itu, rukun islam merangkumi memberi zakat kepada orang yang berhak, puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan Haji di Baitullah.

6. Terdapat persoalan: Mengapakah tidak disebutkan jihad sedang ia adalah amalan yang paling afdhal? Jawabnya: Jihad adalah fardhu kifayah. Ia hanya menjadi fardhu ain waktu tertentu sahaja.

Followers