The BEST 2011

Bengkel Solat bersama Ustaz Ajmain dari Fakulti Tamadun Islam

JKM Day KTHO

Pameran Kelab Hikmah dan Jualan Al-Quran

Perhimpunan RIMBA

Berkelah bersama-sama adik-adik Tahun 1 di Air Terjun Gunung Pulai

IFTAR Kubra

Berbuka Puasa Bersama-sama Setiap Hari Khamis Dua Minggu Sekali

Kem Pemantapan Kelab Hikmah

Kursus Pengurusan Untuk Ahli-Ahli Kelab Hikmah

Blogroll


ShoutMix chat widget

Sunday, June 27, 2010

Gerhana Bulan pada 15 Rejab 1431H


Subhanallah...semalam berlaku gerhana bulan separa...1 lagi tanda penciptaan Allah yang Maha Esa....betapa hebatnya perkara itu....mampukah tangan2 manusia melakukannya....kadang2 kita lupa untuk memuji kebesaran Allah...namun,apa yang penting, sama2 lah kita selalu mengingati Allah dalam keadan duduk,baring,dan tidur(24jam)....mari kita merenung sejenak ayat Allah 7:179 yang berbunyi....

"dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai."

harap2 kita xtermasuk dalam golongan yang Allah sebutkan dalam ayat tersebut...na'uzubillahimindzalik...wallahu 'alam...

Friday, June 25, 2010


Kelebihan Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah besabda: “Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT”.

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

Sumber: http://dakwah.org.com

Friday, June 18, 2010

Kekejaman Israel




Dunia hari ini di kejutkan dengan satu keganasan yang sangat menyedihkan hati dan perasaan kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan sempadan. Kekejaman Israel @ tentera zionis ke atas penghuni tanah suci Palestine semakin menjadi-jadi dengan kes yang berlaku baru-baru ini yang mana tentera zionis telah melancarkan serangan hendap ke atas kapal Mavi Marmara yang di naiki oleh para sukarelawan bagi melaksanakan misi bantuan ke atas Gaza atau di kenalai sebagai ‘Flotila Kebebasan’. Harapan untuk membantu rakyat palestin tidak kesampaian apabila semua barang-barang yang di bawa telah di rampas oleh tentera zionis laknatullah dan mereka mengatakan bahawa kesemua barang-barang yang dirampas adalah senjata. Kini kita dapat melihat dunia sama-sama bangun mengancam Israel dan sekutu besarnya iaitu Amerika yang telah banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Demonstrasi berlaku di mana-mana sahaja kerana perkara ini bukan sahaja berkait dengan agama semata-mata bahkan hak asasi manusia dan keperimanusiaan individu itu sendiri. Di samping itu juga, perkara ini telah membawa mesej di mana Israel adalah sebuah negara yang jahat dan kejahatan mereka semakin menjadi-jadi.

Marilah sama-sama kita memperhatikan ayat Allah swt dalam surah al-Maidah,82 yang berbunyi:

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyembongkan diri.”

Kini, marilah kita sama-sama bangun dan memperjuangkan tanah suci ke-3 umat Islam yang menjadi tanggungjawab kita yang sebenarnya. Tidak pantas bagi diri kita untuk mengaku Masjidil Aqsa adalah milik kita sekiranya kita tidak melaksanakan tanggungjawab bagi memeliharanya dan hanya sekadar melihat perjuangan saudara-saudara kita yang berada di sekitar lingkungan zionis. Allah menjanjijkan kemenangan kepada umat Islam dan adakah kita mahu untuk menjadi sebahagian daripada golongan yang memberikan kemenangan itu???? Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, June 16, 2010

~ Halal Dan Haram ~


صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله

وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.



Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Thursday, June 10, 2010

Jihadun Nafs

video



Jihad paling besar adalah juhad nafsu. Semua sedia maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, namun bagaimana kedudukannya di dalam Islam? Jika di perhatikan, kedudukan jihad jatuh pada nombor 3 setelah rukun islam dan rukun iman. Mengapa jihad itu di anggap besar?

mari sama2 kita meneliti ayat al-quran, Allah berfirman maksudnya:"Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang2 beriman itu dirinya dan harta2nya dengan balasan syurga".

itulah tawaran yang ditawarkan oleh Allah kepada kita kerana jihad itu besar nilainya, maka di suruh beli. Jihad itu ada yang zahir@lahir dan ada yang batin. Dari segi lahirnya, jihad itu menentukan hidup dan mati Islam. klu ad jihad,hiduplah. kalu tidak ada jihad, matilah. Bginda ar-Rasul sangat menekankan tentang adanya jihad batin atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika pulang dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, baginda ar-Rasul bersabda:

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk mamasuki peperangan yang lebih besar. Shabat terkejut dan bertanya, 'peperangan apakah itu wahai Rasulullah? "Baginda berkata "Peperangan melawan nafsu" (Riwayat Al-Baihaqi).

Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangatlah susah. Mungkin kalau nafsu itu di luar jasad kita dan bolehlah kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh2, kita pasti di kalahkan untuk diperalat semahu2nya.

Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang di gambarkan oleh Allah sangat jahat.

"Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa kepada kejahatan".(Yusuf:53)

Dan dikuatkan lagi oleh sabda baginda ar-Rasul: "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu".

Insya Allah kita akan bersambung lagi di episod akan datang...tunggukan kedatangan video sambungan ceramah ini...selamat mendengar....

Followers