The BEST 2011

Bengkel Solat bersama Ustaz Ajmain dari Fakulti Tamadun Islam

JKM Day KTHO

Pameran Kelab Hikmah dan Jualan Al-Quran

Perhimpunan RIMBA

Berkelah bersama-sama adik-adik Tahun 1 di Air Terjun Gunung Pulai

IFTAR Kubra

Berbuka Puasa Bersama-sama Setiap Hari Khamis Dua Minggu Sekali

Kem Pemantapan Kelab Hikmah

Kursus Pengurusan Untuk Ahli-Ahli Kelab Hikmah

Blogroll


ShoutMix chat widget

Tuesday, November 16, 2010

~Doa Di Arafah~

Moga kerja amalku bukan sebuah pelarian semata tapi ujud taubatan nasuhaku, dari sebuah imbas kala kutemukan diriku disuatu sembilan Dzulhijjah, diantara lekatnya debu & teriknya sang Mentari, serta derai derai airmata , kala kutengadahkan wajah dan tanganku kelangit.

Diantara kerumunan dan himpitan jamaah, diantara desah doa doa lirih penuh rintih kami peminta ampun dan hampura atas dosa dan khilaf, aku dan kami yang dhaif, di Arofah sana.

Mabit di Mudhalifah lanjut ke Mina tuk berjumrah sebagai muara dan akhir dari urutan ritual haji. Hingga predikat paket haji paripurna

Kami harus kembali ke masjidil Haram, lagi kami berada dijejalan dan kerumunan, hanyut dan terdorong oleh arus jamaah tuk mengitari sirkulasi kubus hitam, pada tawaf ifadhah.

Derap langkah dan dentuman doa membahana, sesekali kami pandang kubus hitam penuh mesra. Kami terus mengitari , ikuti sirkulasi hingga disudut rukun Yamani, kami lari lari kecil, lalu kami berdoa ‘ Robbana athina fi dunnya khasanah wa fiil akhirati khasanah waa qina ‘azaban naar.

Tujuh kali kami itari..terbetik hasyrat tuk mengusap dan mengecup hajar aswad disudut kubus hitam, Kabah. Lalu tangispun tumpah meruah didepan pintu Mu’tazam…. tak terkendali, lepas atas rasa sesal, khilaf, lupa dan alpa kami, lalu ampunan kami mohonkan.

Siraman & tegukan zam zam yang kureguk moga membilas dan ada bias hingga kisi kisi hati kian lunak dan rawan membening dan menjernihkan relung hati terdalam, hingga aku tak mampu lagi bersembunyi dari pemiliknya

Moga kiprah kecil ini bisa mementaskanku ke titian, membasuh dan membilas debu dan karat yang melekat disekujur tubuh dan qalbuku.

Moga gerak & detak jantung dan hati kami tercatat dan menjadi shafaat. Hentak & ‘langkah kakiku bersama saudaraku lainnya untuk sebuah keperluan hingga terpenuhi, hingga Allah akan mengokohkan kaki kami pada hari dimana semua tergelincir’

Ya Allah curahkan dan limpahkan rakhmatMU padaku,
pada kami yang nyaris tak ada daya.

Terimalah ampunan maaf kami.

9th Dzulkhijjah 1424

Sunday, November 14, 2010

~Kelebihan Dan Amalan Zulhijjah~



Antara rahmat Allah SWT yang besar kepada kita ialah disediakan beberapa pesta ibadat sepanjang tahun. Kerana itulah kita mendengar kelebihan hari Jumaat sebagai hari terbaik di dalam seminggu, bulan Ramadhan itu adalah bulan terbaik di dalam setahun, malam lailatul qadar itu adalah malam yang terbaik berbanding malam-malam yang lain dan Allah turut memberikan sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah sebagai hari terbaik di dalam setahun.

Tujuan disediakan musim pesta ibadah ini ialah sebagai peluang dan galakan kepada umat Islam meningkatkan pelaburan ukhrawi mereka.

Kelebihan dan amalan yang digalakkan semasa sepuluh hari pertama Zulhijjah ini boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Disumpah Di Dalam Al-Quran

2. Hari Digalakkan Beramal Ibadah

3. Hari Yang Dihimpunkan Semua Ibadah Utama Dalam Islam

4. Galakan Berpuasa Terutamanya Pada 9 Zulhijjah

5. Awal Zulhijjah Adalah Musim Haji

6. Turut Dikenali Sebagai Hari Ma'lumat

7. Digalakkan Menunaikan Ibadah Kurban

8. Wujudkan Rasa Kebersamaan Antara Orang Yang Pergi Haji Dengan Yang Tidak Pergi Haji

Kesimpulan

1. Marilah kita bersama-sama menyediakan persiapan perasaan untuk menyambut ketibaan Zulhijjah dengan penuh rasa rindu dan bersyukur. Malam ini, telah masuk bulan Zulhijjah, maka rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah kepada kita sepanjang 10 hari pertamanya.

2. Bagi yang masih belum mampu pergi haji, jadikanlah ketibaan Zulhijjah sebagai penanam azam dan tekad kita mengejar kemampuan melunaskan rukun Islam kelima tersebut.

3. Bagi muslim yang tidak pergi haji pada musim ini, wujudkanlah rasa kebersamaan dengan rakan-rakan jemaah haji. Selain seperti yang disebut di atas, anda boleh turut menonton siaran langsung daripada Islam Channel para hujjaj melaksanakan ibadah agung tersebut. Suatu masa dahulu, ramai salafussoleh yang tidak mampu ke Mekkah akan berhimpun di al-Masjid al-Aqsa atau di masjid tempatan mereka semasa hari wuquf, sambil berzikir mengingati Allah SWT. Siaran televisyen tempatan di Malaysia juga banyak memaparkan mengenai liputan dan dokumentari haji, tontonilah, agar timbul rasa rindu, keinginan dan kesedaran untuk menyambut seruan Ilahi.

Saturday, October 23, 2010

TAHNIAH !!!



Alhamdulillah, pada 10 Oktober 2010 telah berlangsungnya Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Hikmah bertempat di Bilik Seminar. Ramai yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih kami ucapkan!

Dan tidak lupa ucapan TAHNIAH kami ucapkan kepada saf-saf kepimpinan baru yang telah di lantik pada majlis yang penuh barakah itu. Kami mengharapkan dengan perlantikan baru ini, Kelab Hikmah akan menjadi sebuah kelab yang lebih terkehadapan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah dipikulkan. Ketahuilah bahawa tugas kita bukan sekadar memegang tampuk kepimpinan, bahkan ada yang lebih penting dari itu. Usaha dan tawakkal harus menjadi pegangan dalam semua perkara.

Tanpa memanjangkan lagi kata-kata ini, berusahalan dalam mencapai visi,misi dan objektif yang telah menjadi hala tuju Kelab Hikmah. Akhir kalam, sekali lagi ucapan TAHNIAH buat Saf Kepimpinan Kelab Hikmah 2011/2012.


IKHWAH


AKHAWAT



Allahu ghayatuna
Ar-rasul qudwatuna
Al-quran dusturuna
al-jihadu sabiliyuna
al-mautu fi sabilillah
asma amaanina

ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!

KITA ADA PELAWAT / PEMRHATI SETIAP HARI

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)'

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.

P/S: Semoga kita dimatikan dalam iman. Mohon berlindung dari mati tercabut iman. KepadaNya jua kita berharap. InsyaALLAH,Tiadalah daya dan kekuatan bagi kami melainkan bantuanMu..

Friday, October 15, 2010

ZIONIS YANG DEGIL, AMERIKA YANG BERPURA-PURA

Tidak perlu di sini kita mengimbas kembali sejarah panjang kekejaman Zionis dan pelbagai keganasan dan penyembelihan yang berulang-ulang dikenakan ke atas umat Palestin dan khianat mereka terhadap apa-apa sahaja perjanjian yang dimeteri atau resolusi-resolusi PBB atau Majlis Keamanan. Natyanahu tetap terus dengan perancangannya, memenjara pemuda-pemuda Hamas di Tebing Barat, membina penempatan baru untuk yahudi, menganggap Pihak Berkuasa PLO bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan yahudi, walaupun setelah lawatan Mandaline, menteri luar Amerika ke rantau ini meminta semua pihak mencapai perdamaian. Selepas semua ini, bolehkah diharap kedamaian yang diharapkan? Bahkan dengan kenyataan umum Mandaline ini sebenarnya menyalakan lagi api permusuhan yang menanti letupan sahaja. Yang menyedihkan lagi ialah apabila baru-baru ini, pihak berkuasa PLO menutup institusi-institusi kebajikan masyarakat milik HAMAS dan memenjara berpuluh-puluh dari tenaga penggeraknya. Demikianlah sanggupnya pihak berkuasa PLO menutup pusat-pusat kebajikan yang memberi khidmat kepada masyarakat di Palestin semata-mata kerana tunduk kepada tekanan Amerika dan Zionis, walaupun dia sendiri merasakan kebiadapan musuh dalam membina penempatan-penempatan baru di tanah milik Islam dan Arab.

Sikap Amerika yang tak ambil peduli dalam berdepan dengan kedegilan Zionis ini terang menunjukkan wujudnya kesepakatan di antara mereka dan kepura- puraan kononnya dia adalah penaung kepada Perdamaian ini, sedang mereka menolong musuh memerangi Arab dan umat Islam. Albright juga meminta negara- negara Arab agar menghadiri persidangan di Doha yang turut dihadiri oleh Israel dan beliau sendiri sebagai wakil Amerika walaupun dalam suasana mendung seperti ini. Kehadiran mana-mana negara Arab ke persidangan ini adalah merupakan kehinaan yang tetap diukir dalam sejarah. Kita juga berdepan dengan pendirian Amerika dan Badan Dunia yang menentang resolusi Liga Arab memberi sedikit keringanan terhadap kepungan (embargo) yang dikenakan terhadap Libya dengan membenarkan Qaddafi dan pegawai-pegawai tinggi kerajaannya mendarat dengan kapalterbang di negara-negara Arab. Kejahatan dan berpegang teguh dengan resolusi mengepung Libya ini adalah dalil jelas akan niat busuk Amerika dan sekutu-sekutunya dari kalangan Arab dan umat Islam sendiri.

Followers