The BEST 2011

Bengkel Solat bersama Ustaz Ajmain dari Fakulti Tamadun Islam

JKM Day KTHO

Pameran Kelab Hikmah dan Jualan Al-Quran

Perhimpunan RIMBA

Berkelah bersama-sama adik-adik Tahun 1 di Air Terjun Gunung Pulai

IFTAR Kubra

Berbuka Puasa Bersama-sama Setiap Hari Khamis Dua Minggu Sekali

Kem Pemantapan Kelab Hikmah

Kursus Pengurusan Untuk Ahli-Ahli Kelab Hikmah

Blogroll


ShoutMix chat widget

Wednesday, November 23, 2011

Sedap atau Sihat


Salam 'alaik,

Gaya hidup rakyat Malaysia kini telah menjejaskan gaya pemakanan mereka. Bilangan wanita bekerjaya pula semakin meningkat menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri disediakan di rumah.

Oleh itu, ramai yang memilih membeli makanan segera kerana cepat dan mudah disediakan. Ini jelas menunjukkan kewujudan restoran makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, McDonald dan sebagainya yang tumbuh melata bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.  Namun, adakah ini menunjukkan gaya pemakanan tersebut sihat untuk kesihatan kita?

Makanan yang sedap tidak semestinya sihat. Hal ini kerana kebanyakan makanan yang sedap mengandungi penambah perasa dan bahan pengawet. Kandungan Monosodium Glutamat (MSG) amat berbahaya untuk kesihatan kita. Golongan yang menggunakan MSG sebagai penambah perisa dalam makanan mereka lebih berisiko tinggi berdepan masalah berat badan berlebihan atau obes berbanding mereka yang tidak mengambilnya walaupun melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan kalori sama. Oh.. sungguh ngeri kan?

Kenapa dengan makanan segera? Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa.

Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis risiko seperti kerosakan gigi, sembelit, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, obesiti dan kenaikan tahap kolesterol.

Orang kata 'kita adalah apa yang kita makan'. Kalau kita orang yang jenis lesu, lemah dan gemuk, kita tengok balik apa yang kita makan sepanjang kita hidup. Berbanding kalau kita jenis orang yang cergas, aktif dan ceria, kita tengok apa yang kita makan semalam dan kelmarin.

Ini dibuktikan apabila kira-kira 90 peratus masalah kesihatan berpunca daripada makanan yang mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah. Badan kita membabitkan kira-kira 60 trilion sel kecil termasuk sel darah, lemak, otot dan kulit. Pengumpulan toksik menyebabkan sel 'demam' dan akhirnya berlaku pelbagai masalah kesihatan. Antara sumber bahan toksik ini ialah makanan berasid, terlalu banyak mengambil ubat moden, terlalu banyak lemak kolesterol.

Bagaimana pula yang dikatakan dengan makanan tidak sedap tetapi sihat? Kita ambil contoh ulaman-ulaman, adakah ulam itu sedap seperti Burger di McD atau ayam KFC? Rasa ulam sangatlah pahit sampaikan ada yang tidak dapat memakannya.

Terdapat lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia sehingga kini (Muharyani 1987). Antaranya ialah rebung, ulam raja, cekur manis, selom, pegaga, paku rawan, kesom, putat, kacang kelisa dan banyak lagi.

Kita boleh tengok orang-orang tua pada zaman dahulu kebanyakannya hidup dalam tempoh yang lama. Hal ini kerana mereka mengamalkan makan ulam-ulaman. Kebanyakan ulam mengandungi mineral-mineral utama seperti kalsium, fosforus, besi, natrium dan juga mengandungi vitamin-vitamin utama seperti karotena, vitamin A, B dan C. Tidak hairanlah jika ulam-ulaman ini digunakan dalam perubatan tradisional Melayu.

Makanan harian sebenarnya boleh menjadi ubat atau pelindung daripada pelbagai penyakit. Sepertimana Bapa Pakar Perubatan Moden, Hippocrates pernah berkata 'makanan sihat adalah ubat paling baik'. Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan.

Komposisi makanan yang disarankan untuk kesihatan yang sempurna ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan). Alamak! Rasanya kita jarang mengambil sayur dalam makanan harian kita! Tetapi kita selalu ambil makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan lemak dalam tak sedar kan?.

Sebenarnya, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit). Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), didapati bahawa pembunuh utama manusia bukannya aids, malaria, kebuluran, kereta atau merokok, tetapi tabiat pemakanan manusia sendiri. Oh, lagilah ngeri!

Namun, jangan kita rasakan dengan memasak sendiri adalah jawapan jalan penyelesaian yang bijak. Pemilihan bahan masakan juga memainkan peranan penting. Adakah anda lebih banyak meletakkan ajinamotto mahupun sedap rasa yang merupakan jalan cepat untuk menjadikan masakan anda sedap. Sedarkah anda, kandungan kedua-dua bahan ini mempunyai kandungan MSG yang agak menakutkan jika diambil dalam masa yang panjang.

Jadi, marilah kita sama-sama mengubah tabiat pemakanan harian kita supaya kita menjadi muslim dan muslimah yang lebih cemerlang. Oleh itu, kita yang berkuasa membuat pilihan yang terbaik, jangan salahkan makanan. Ingat... 'You Are What You Ate'.

Monday, November 21, 2011

Mahasiswa dan Gejala Sosial

Assalamualaikum w.b.t...
Jemputan khas untuk seluruh warga UTMJB :


Siapakah Dr Harlina Siraj?


Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj atau lebih mesra sebagai Dr Har dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Beliau bertugas sebagai pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga menjawat jawatan Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Dr Har gemar melakukan khidmat masyarakat dan kerja-kerja sukarelawan selain menumpahkan khidmat sebagai pakar di hospital.

Selain itu, Dr Har pernah muncul di beberapa media. Antaranya sebagai tetamu jemputan di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Al-Kuliyyah dan Al-Hidayah di TV3, Keluarga di 9, Nasi Lemak Kopi O dan Halaqah di TV9, Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan Fast Forward di RTM, Bersama Linda Onn di Astro. Dr Har juga merupakan panel berkala Wanita Hari Ini di radio IKIM, motivator di radio KL.fm dan kolumnis di majalah ANIQAH, Majalah 'i' dan media lain yang diterbitkan oleh Karangkraf.


 Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian dari Dr. Har....
 Semoga bermanfaat buat kita semua, insyaAllah :)

Islam Agama Nasihat



Abu Roqayah Tamim ad-Dari melaporkan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda,“Agama adalah nasihat.” Kami bertanya, “Untuk siapa?” Baginda bersabda, “Untuk Allah, kitab-Nya, pemimpin kaum muslimin dan kamu muslimin secara umum.”
(Riwayat Muslim)



Hadis ini termasuk dalam kategori ringkas tetapi padat. Hadis ini sangat penting, kerana mengandungi seluruh agama. Iaitu mengandungi hak Allah, hak rasul-Nya, dan hak hamba-Nya. Kewajipan menunaikan hak-hak tersebut terkandung pada kata nasihat. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan frasa “Agama adalah nasihat” ?

        Erti nasihat di sini adalah bentuk kebaikan yang diberikan demi kebaikan orang yang diberi nasihat. Perumpamaan orang yang berusaha menasihati untuk menyampaikan kebaikan kepada orang yang dinasihati ibarat seseorang yang berusaha menutup cacat yang terdapat pada baju orang lain. Frasa “Agama adalah nasihat” bermaksud nasihat adalah sandaran bagi agama. Sebagaimana kata-kata Rasulullah s.a.w, “ Haji adalah Arafah”. Maksudnya, wukuf  di Arafah adalah kepentingan dan sebahagian besar daripada ibadah haji.
        Mari kita lihat ruang lingkup hadis ini :

Nasihat untuk Allah
Maksudnya, nasihat untuk agamaNya iaitu dengan cara melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya serta membenarkan berita yang Dia sampaikan, kembali kepada-Nya dalam apa jua keadaan, bertawakal kepada-Nya, melaksanakan syiar Islam serta syariat-syariat-Nya.

Nasihat untuk kitab-Nya
Beriman bahawa Al-Quran adalah kalamullah, yang mengandungi kisah-kisah yang benar dan bermanfaat serta hukum-hukum yang adil yang wajib menjadi panduan hidup kita sebagai umat Islam.

Nasihat untuk Rasul
Beriman bahawa Rasulullah s.a.w adalah utusan Allah s.w.t. kepada seluruh alam, mencintai, meneladani, serta membenarkan berita yang dibawa, mngikut sunnah baginda serta membela agama yang dibawa oleh baginda.

Nasihat untuk pemimpin kaum muslimin

Nasihat untuk pemimpin adalah menunaikan haknya, seperti, taat dalam hal yang ma’ruf, tidak taat dalam kemaksiatan, tunduk dan tidak membangkang dan lain-lain yang merupakan hak penguasa yang telah dijelaskan dalam kitab dan sunah.

Nasihat untuk kaum muslimin secara umum
Menasihati mereka supaya menyeru kepada kebaikan serta mencegah kenmungkaran, mengajar kebaikan kepada mereka dan seumpamanya. Hakikatnya, kaum muslimin itu termasuklah diri kita sendiri, oleh itu tugas pertama kita adalah untuk menasihati diri sendiri.

“ Abu Bakar as-Siddiq tidak mengungguli sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang lain dengan puasa dan solat. Tetapi, ia mungungguli dengan dengan sesuatu yang ada dihatinya iaitu cinta kerana Allah swt dan nasihat kepada seluruh makhluk-Nya” 
-         Abu Bakar al-Muzani

Alangkah besarnya peranan nasihat dalam agama. Jika kita tidak melakukannya, kita adalah antara orang yang rugi di sisi Allah, sebagaimana dalam firman-Nya :

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati kepada kebenaran serta nasihat-menasihati kepada kesabaran”
(Surah al-Ashr:1-3)


Sumber : Syarah Hadis 40 Imam Nawawi, oleh Fahrur Muis & Muhamad Suhadi

Tuesday, November 15, 2011

Qiamulail Amalan Harian?

Assalamualaikum,
Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.
Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
“Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”
Ustaz Umar menjawab:
“Belum.”
Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
“Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”
Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.
Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.
Bulan Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita. Madrasah tarbiyah Ramadahan telah mengajar kita untuk mengekang al-hawa yang menjadi antara musuh utama kita. Ia merupakan antara langkah utama ynag perlu dititikberatkan dalam proses tarbiyah di mana Syed Muhammad Ahmad Al-Rasyid dalam bukunya ‘Al-Muntalaq’ menjelaskan kepentingan meninggalkan al hawa. Perlulah dipastikan untuk kita tajarrud (menghilangkan, menanggalkan) segala bentuk jahiliyah dan unsur al hawa yang mendokong pelbagai nama di era moden ini. Kesempatan bulan Ramadhan dipenuhi dengan banyaknya amalan istimewa seperti terawih dan tida kurang juga qiam-qiam di malam hari. Walaupun, Ramadhan pergi, namun tidak menjadi alasan untuk kita tidak memperbanyak amalan-amalan ibadah terutamanya qiamullail.

Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah, Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil, ayat 20:
“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Selain itu, qiamullail, bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:
“Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”
Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita. Insya Allah.

Friday, November 11, 2011

Jadilah Seperti Ikan Di Laut

Assalamualaikum wbt


"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak."


    Peribahasa ini membawa maksud, seseorang itu perlu pandai menyesuaikan diri, kena dengan tempat dan suasana semasa.. Kita haruslah pandai menyesuaikan diri, barulah disukai orang lain.. Namun begitu, kita harus beringat bukan semua perkara menuntut kita berbuat sedemikian..


Fish_DevianArt




   Perhatikan ikan di laut, walaupun air lauan itu masin semasin-masinnya, namun isi ikan itu masih berasa tawar dan 'natural'... Ertinya, ikan tetap mengekalkan identiti dan jati dirinya walaupun dikelilingi air laut yang sangat masin.. 


   Jangan sesekali dicorakkan oleh susana, sekiranya suasana yang dihadapi itu adalah negatif..  Sebaliknya, kekalkanlah pegangan, akhlak dan disiplin diri kita.. Jadilah seperti ikan di lautan masin..


   Bahkan kalau mampu, kitalah yang menjadi pengubah atau pencorak sesuatu suasana.. Mengubah sikap masyarakat setempat atau rakan sekelas yang bersikap negatif kepada positif..


   Bertuturlah dengan bahasa yang lemah lembut dan bersopan santun dalam perlakuan seharian.. InsyaAllah, akan dapat mempengaruhi suasana sekeliling kita.. Contohilah Nabi Muhammad saw, dengan tingkah lakunya sahaja ramai orang terpikat dengan keindahan Islam..Rasulullah tidak terpengaruh dengan persekitaran Jahiliah, bahkan baginda lah yang akhirnya berjaya mengubah masayarakatnya menjadi umat yang terbaik dengan keimanan dan kebaikan..


Sekian, Wassalamualaikum...




olahan dari skrip asal: Nota Fikir untuk Zikir, Pahrol Mohd Juoi

Tuesday, November 1, 2011

The BEST 2011

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah pada 23 Oktober yang lalu, Kelab Hikmah telah menganjurkan Bengkel Solat 2011 (The Best). Program ini berlangsung di DSM KTHO bermula jam 9.00 pagi. Objektif program ini diadakan adalah untuk membantu memperbaiki kualiti solat di samping merapatkan ukhuwah antara ahli kelab serta warga UTM. Penyertaan untuk program ini adalah 70 orang mahasiswa/i UTM JB.



Pihak kelab telah mengundang Prof. Madya Ajmain bin Safar dari Fakulti Tamadun Islam sebagai penceramah jemputan. Dalam slot teori, ustaz ajmain memberi pendedahan amali solat berdasarkan nas al-Quran dan Sunnah serta mengesan kesilapan dan kesalahan dalam solat. Ustaz Ajmain juga menekankan kepentingan menjaga solat bagi seorang muslim berdasarkan hadis Rasulullah saw. yang diriwayatkan oleh imam Ahmad :
 "Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan mereka akan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Fir'aun, Haman dan Ubay bin Khalaf"


Selain teori solat, kefahaman para peserta juga ditingkatkan lagi dengan slot amali solat. dalam slot ini, beberapa orang peserta lelaki diminta untuk membuat demonstrasi cara solat yang betul.

Bengkel ini melabuhkan tirainya pada jam 12.30 tengah hari.



Thursday, August 18, 2011

Video Pengajaran

Assalamualaikum

Sudah lama tidak diupdate blog ini..
InsyaAllah, mari la kita sama-sama menghayati video ini..




Kalau la ada rakan rakan antum yang masih dalam "kecelaruan", hampiri lah mereka dengan penuh hikmah.. Ikutlah cara Nabi Muhammad berdakwah, penuh kelembutan..

Seorang pendakwah pernah berkata, "kalau nak berdakwah ker, nak tarbiah ker, carilah persamaan dahulu, tak kira la persamaan dalam Agama mahupun dalam kehidupan seharian"

Renung0renungkan, dan selamat beramal.. :D



Followers