Assalamualaikum w.b.t. Ramadhan sedikit demi sedikit merangkak jauh daripada kita. Namun, kesannya berdasarkan amalan yang kita lakukan tetap tinggal bersama kita. Apa yang menjadi perhatian di sini adalah, saban hari kita bersahur, berpuasa, berbuka , menangkah kita pada hari tersebut? atau pun puasa yang diamalkan adalah sekadar melengkapi syarat rukun Islam yang lima. Oleh itu, pembaca sekalian, bukan mudah untuk kita menghayati erti Ramadhan dan juga bukan mudah untuk kita meneruskan amalan kita selepas bulan Ramadhan. Apa yang harus difikirkan dan dilakukan adalah muhasabah diri sendiri setiap hari. Kita juga perlu memastikan apa yang dilakukan hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam. Ana di sini ingin menyeru kepada diri sendiri dan pembaca sekalian, agar meneruskan amalan kita di bulan-bulan biasa sebagaimana amalan kita di bulan Ramadhan. Terpulang pada diri kita sahaja, sama ada nak . Mahupun tak nak. Tepuk dada tanyalah Iman. Wassalam