Blogroll


ShoutMix chat widget

Thursday, March 18, 2010

~Program Sayonara Jahiliyyah~



Pada 13hb Mac 2010 lalu, bertempat di Balai Cerap Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah berlangsungnya Program Sayonara Jahilliyyah yang disertai oleh peserta akhawat iaitu seramai 15 orang. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini, dimulakan dengan pendaftaran para peserta. Sementara menunggu pendaftaran selesai,para peserta mengambil peluang dan ruang yang ada untuk melakukan sesi ta’aruf bagi mengeratkan lagi ukhwah antara satu sama lain.

Selesai sahaja sesi pendaftaran, para peserta telah dihidangkan dengan santapan yang enak sebagai pembuka selera bagi menambahkan lagi tenaga. Selesai sahaja bersarapan dan solat dhuha, para peserta telah bersedia untuk meneruskan lagi program Sayonara Jahilliyah ini. Kesungguhan dan semangat yang berkobar-kobar yang terpancar di setiap riak wajah para peserta mampu menyejukkan hati kami.

Program ini diteruskan lagi dengan slot yang pertama iaitu bertajuk “Apa Itu Jahilliyyah?”. Slot yang bermula pada pukul 9 pagi ini, telah disampaikan oleh Ukhti Noorhidayu dimana beliau telah menekankan beberapa aspek yang penting iaitu diantaranya adalah definasi islam dan jahiliyah, bagaimana untuk mengenali jahiliyah, mengapa perlu mengetahui jahiliyah, bagaimana untuk memilih antara islam dan jahiliyah, serta banyak lagi. Pada akhir slot ini, penceramah telah menghidangkan para peserta dengan tayangan video yang mampu meruntun hati peserta.

Slot yang seterusnya adalah slot yang terakhir iaitu “Bagaimana Menghindari Jahiliyah?” dimana slot ini juga telah disampaikan oleh Ukhti Noorhidayu. Slot ini membawa para peserta akan kepentingan mereka sebagai pemuda islam untuk mengenali ciri- ciri jahiliyah dan bagaimana cara yang terbaik untuk menghindarinya disamping dapat membuka minda para peserta akan betapa meluasnya karat jahiliyah di dalam kehidupan umat islam sekarang. Slot ini diakhiri dengan aktiviti LDK di mana peserta harus berbincang tentang tayangan video yang ditayangkan dan dikehendaki memberi pendapat berkaitan dengan jahiliyah dan islam.

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan aktiviti riadah pada pukul 5 petang yang bertemakan aktiviti tradisional iaitu baling selipar’. Aktiviti ini mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara akhawat dan sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan. Program berakhir pada pukul 6.30 petang dan secara keseluruhannya, Program Sayonara Jahiliyah ini berjalan dengan lancar. Program ini penting untuk diadakan bagi memberi pendedahan kepada setiap ahli usrah akan bahayanya karat jahiliyah serta penting untuk menghindarinya.

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain))

0 comments:

Followers