Blogroll


ShoutMix chat widget

Saturday, March 20, 2010

HARI TAUTAN UKHUWAH 2010 (MESRA ’10)

Hari Tautan Ukhuwah '10 merupakan salah satu program anjuran Kelab Hikmah, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di antara semua ahli kelab dan anggota Majlis Tertinggi Kelab Hikmah. Tema pada kali ini ialah TAUTAN UKHUWAH PENERAJU UMMAH MAWADDAH. Matlamat program ini di adakan adalah bagi mengeratkan ukhuwah di antara semua ahli kelab dan anggota Majlis Tertinggi Kelab Hikmah serta menghargai ahli-ahli kelab hikmah yang telah banyak berjasa. Antara objektifnya ialah membina hubungan baik antara Majlis Tertinggi Kelab Hikmah dengan semua ahli kelab. Di samping menghargai jasa dan kecermelangan ahli Kelab Hikmah, ia turut mengeratkan ikatan ukhuwwah di kalangan ahli-ahli usrah. Meningkatkan kesihatan diri dan memenuhi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah selari dengan dasar HEP untuk memupuk BUDAYA TERPILIH di kalangan pelajar. Dari sudut kemahiran insaniah pula, meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta memupuk kerjasama antara pasukan. Membentuk keyakinan diri di kalangi an ahli kelab dan meningkatkan kemahiran komunikasi antara Majlis Tertinggi dengan ahli-ahli kelab.

0 comments:

Followers