Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera diucapkan kepada semua warga Kolej Tun Hussein, Universiti Teknologi Malaysia. Pertamanya, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita merasai nikmat kebahagiaan hidup yang dikecapi sekarang dibawah payungan rahmat dan kasih sayang daripada-Nya. Sekalung tahniah dan syabas buat warga penggerak Kepimpinan Hikmah, kerana berjaya menerbitkan risalah Mutiara Hikmah ini untuk tatapan semua. Segala hasil usaha yang ditonjolkan oleh kalian, moga-moga membuahkan hasil yang bemanfaat buat warga kolej. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, barisan Felo-felo dan Pembantu Felo, barisan Kepimpinan JKM KTHO , yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada kami, bagi mencapai dan merealisasikan Visi dan Misi Kelab Hikmah. Secara ringkasnya, Kelab Hikmah adalah suatu organisasi yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga kolej, sama ada dari sudut fizikal mahupun rohani. Setiap aktiviti yang dirancang, adalah ke arah untuk melahirkan mahasiswa-mahasiswa kolej yang berilmu pengetahuan dan mempunyai kefahaman yang sebenar dalam Islam, serta mewujudkan suasana yang kondusif demi kesejahteraan bersama. Sesungguhnya, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya, perlu mempunyai kekuatan diri dari segi rahani dan jasmani, agar mampu menghadapi cabaran dan dugaan mengharungi alam pembelajaran. Diharapkan, semoga semua warga kolej dapat memberikan komitmen yang sewajarnya kepada setiap aktiviti yang kami rancangkan, bagi memenuhi dan melengkapi kehendak dan keperluan yang diharapkan oleh anda semua. JazakaAllahukhairan. Kathira.
Presiden Kelab Hikmah 10/11
Khairul ikhwan b. Ruslan
3 comments:
macam nak promosikan presiden kelab je...Popular la macam ni..Glamour di alam maya..
salam
"Sesungguhnya, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya, perlu mempunyai kekuatan diri dari segi rohani dan jasmani, agar mampu menghadapi cabaran dan dugaan mengharungi alam pembelajaran."
my comment:
rohani - join aktiviti indoor KH. e.g. ISK, qiam, iftar etc etc..
jasmani - MEN FUTSAL setiap petang kt court KTR..hehe
yeah! huhu~
Post a Comment