Blogroll


ShoutMix chat widget

Friday, October 15, 2010

ZIONIS YANG DEGIL, AMERIKA YANG BERPURA-PURA

Tidak perlu di sini kita mengimbas kembali sejarah panjang kekejaman Zionis dan pelbagai keganasan dan penyembelihan yang berulang-ulang dikenakan ke atas umat Palestin dan khianat mereka terhadap apa-apa sahaja perjanjian yang dimeteri atau resolusi-resolusi PBB atau Majlis Keamanan. Natyanahu tetap terus dengan perancangannya, memenjara pemuda-pemuda Hamas di Tebing Barat, membina penempatan baru untuk yahudi, menganggap Pihak Berkuasa PLO bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan yahudi, walaupun setelah lawatan Mandaline, menteri luar Amerika ke rantau ini meminta semua pihak mencapai perdamaian. Selepas semua ini, bolehkah diharap kedamaian yang diharapkan? Bahkan dengan kenyataan umum Mandaline ini sebenarnya menyalakan lagi api permusuhan yang menanti letupan sahaja. Yang menyedihkan lagi ialah apabila baru-baru ini, pihak berkuasa PLO menutup institusi-institusi kebajikan masyarakat milik HAMAS dan memenjara berpuluh-puluh dari tenaga penggeraknya. Demikianlah sanggupnya pihak berkuasa PLO menutup pusat-pusat kebajikan yang memberi khidmat kepada masyarakat di Palestin semata-mata kerana tunduk kepada tekanan Amerika dan Zionis, walaupun dia sendiri merasakan kebiadapan musuh dalam membina penempatan-penempatan baru di tanah milik Islam dan Arab.

Sikap Amerika yang tak ambil peduli dalam berdepan dengan kedegilan Zionis ini terang menunjukkan wujudnya kesepakatan di antara mereka dan kepura- puraan kononnya dia adalah penaung kepada Perdamaian ini, sedang mereka menolong musuh memerangi Arab dan umat Islam. Albright juga meminta negara- negara Arab agar menghadiri persidangan di Doha yang turut dihadiri oleh Israel dan beliau sendiri sebagai wakil Amerika walaupun dalam suasana mendung seperti ini. Kehadiran mana-mana negara Arab ke persidangan ini adalah merupakan kehinaan yang tetap diukir dalam sejarah. Kita juga berdepan dengan pendirian Amerika dan Badan Dunia yang menentang resolusi Liga Arab memberi sedikit keringanan terhadap kepungan (embargo) yang dikenakan terhadap Libya dengan membenarkan Qaddafi dan pegawai-pegawai tinggi kerajaannya mendarat dengan kapalterbang di negara-negara Arab. Kejahatan dan berpegang teguh dengan resolusi mengepung Libya ini adalah dalil jelas akan niat busuk Amerika dan sekutu-sekutunya dari kalangan Arab dan umat Islam sendiri.

0 comments:

Followers