Blogroll


ShoutMix chat widget

Monday, August 3, 2009

Sejarah Penubuhan Kelab Hikmah KTHO

Bismillah..

Segalanya bermula pada Semester II Sesi 2000/2001 apabila KTHO mengadakan Kursus Pemantapan JKM 2001 bertempat di Kem Wira Jaya, Janda Baik, Pahang Darul Makmur pada 8 hingga 11 Mei 2001. Barisan penaja Kelab Hikmah yang dahulunya pelajar kolej lain telah dijemput ke program tersebut sebagai peserta, khusus untuk membincangkan mengenai kegiatan kerohanian di kolej. Antara barisan penaja yang terlibat ialah Mohamad Rizza Bin Othman, Mohd Fadhillah b Sabali dan akhawat KTHO.

Semasa di sana, biro-biro JKM telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membincangkan isu-isu berkaitan dengan hal-ehwal biro masing-masing. Kami telah ditempatkan bersama-sama dengan ahli AJK Biro Kerohanian. Pelbagai isu dibangkitan dan diperbincangkan. Antara resolusi perbincangan tersebut, ahli kumpulan sepakat untuk menubuhkan sebuah kelab bagi mengendalikan program-program yang berkaitan dengan dakwah dan tarbiyah di Kolej yang diberi nama Kelab Hikmah. Beberapa individu telah ditugaskan untuk memulakan usaha penubuhan kelab dan antara Ahli Jawatankuasa Penaja Kelab Hikmah pada masa itu ialah Mohamad Rizza Bin Othman, Mohd Fadhillah Sabali dan Dzurina Abu Bakar.

Setelah tamat kursus, kami balik ke UTM dengan semangat yang berkobar-kobar kerana ruang untuk kami menyumbang kepada dakwah terbuka luas. Apabila semester baru bermula, kami mengumpul insan-insan yang mahu terlibat dalam medan ini untuk bergabung tenaga menjalankan tugas dakwah. Antara individu-individu yang terlibat ialah seperti Akh Mohd Haidir Maslan, Akh Abdul Manaf bin Kalam, Akh Mohd Syahrani, Akh Mohd Taufiq Jaafar, Akh Mohd Yusri, Akh Shah Khairul dan ramai lagi. Melalui golongan inilah KH mula mengorak langkah.

Matlamat penubuhan kelab pada masa itu ialah untuk menyemarakkan kegiatan dakwah dan tarbiyyah di Kolej. Antara strategi yang dijalankan ialah dengan memperkenalkan halaqah atau usrah blok. Dalam strategi ini setiap blok akan mempunyai seorang naqib di mana ia bertanggungjawab untuk melakukan usaha dakwah dan tarbiyyah di blok jagaannya. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa usrah. Selain daripada bacaan Yasin setiap malam Jumaat diadakan aktiviti seperti riadah, tazkirah dan sesi ramah mesra.

Selain usrah blok, KH juga manganjurkan program-program luaran seperti Khemah Ibadah, Mukhayyam dan Tamrin. Program-program seperti ini diadakan untuk merapatkan ukhuwwah antara peserta di samping aktiviti-aktiviti yang membentuk fikrah, ruh dan jasad ke arah ketaqwaan kepada Allah SWT.

KH pada awalnya memberi penumpuan kepada pembinaan individu. Oleh kerana AJK Penaja merupakan pelajar-pelajar kanan dan rata-rata mempunyai setahun hingga dua tahun lagi di UTM, pembentukan pelapis amat penting. Mereka inilah yang bakal meneruskan perjuangan melebarkan jalur dakwah apabila barisan Penaja tiada nanti. Dengan itu program-program dan pendekatan yang dirancang lebih menjurus kepada dakwah fardiyah dan aktiviti-aktiviti yang berskala kecil selain mengukuhkan organisasi yang sedia ada. Program seperti usrah nuqaba’, tamrin nuqaba’ dan mesyuarat MT KH sering diadakan bagi tujuan membentuk individu muslim di samping perbincangan memantapkan pengurusan organisasi.

Setelah tamat setahun, AJK Penaja digantikan dengan yang baru. AGM pertama berjaya dijalankan dan organisasi baru KH dipilih. Kini lembaran baru KH bermula. Banyak lagi cabaran yang bakal ditempohi. Dan semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk sukses selalu.


Disediakan oleh,

MOHAMAD RIZZA BIN OTHMAN
Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja,
Kelab Hikmah KTHO. Justify Full

1 comments:

rindu aktiviti kh masa 1st year...

Followers