Blogroll


ShoutMix chat widget

Thursday, January 14, 2010

ke mana kita????

kenapa usrah???
perlu kah usrah???
apa kepentingan usrah???
ke mana usrah membawa kita???
kenapa kita di pilih???

USRAH SEBAGAI TUNJANG DALAM TARBIYAH HARAKIYAH
Proses tarbiyah Islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina si atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah.

Bila mana kita menyebut ianya sebagai satu proses pembentukan ia membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan menlahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin (para pekerja) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tidak menafikan kepentingan orang-orang yang berfikir.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan di atas oleh kebatilan yang kemas.

Sehubungan itu, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

5 comments:

mcm mane org yg da jauh dr usrah?

ape maksud jauh...meh la join..iA akan rase kepentingannya...semua org nak jadi baik kan?nak dapt redha Allah..n nak masuk syurga..

Carilah perkara2 yg dpt membentuk diri menjadi individu muslim yg baik...

nak menarik org yg da semakin jauh dr usrah tu sukar...

erm, Hidayah tu kan milik Allah..
Tapi kita still boley jadi pengantara nye..

Yang penting usaha..usaha..usaha
Hasilnye serahkan kepda Allah

do u get my point???

Followers