The BEST 2011

Bengkel Solat bersama Ustaz Ajmain dari Fakulti Tamadun Islam

JKM Day KTHO

Pameran Kelab Hikmah dan Jualan Al-Quran

Perhimpunan RIMBA

Berkelah bersama-sama adik-adik Tahun 1 di Air Terjun Gunung Pulai

IFTAR Kubra

Berbuka Puasa Bersama-sama Setiap Hari Khamis Dua Minggu Sekali

Kem Pemantapan Kelab Hikmah

Kursus Pengurusan Untuk Ahli-Ahli Kelab Hikmah

Blogroll


ShoutMix chat widget

Friday, March 26, 2010

Hadis 4: Tahapan Penciptaan Manusia Dan Amalan Akhirnya


عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) )nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Thursday, March 25, 2010


Diskusi Gabungan
Tajuk : Muslim Super
Penceramah : Ustaz Mahyuddin b. Md. Sarip
Tarikh : 25 Mac 2010
Masa : 8.15 Malam
Tempat : Dewan Seri Merbau , KTHO

iftar kubra | bacaan yasin | solat hajat exam

Saturday, March 20, 2010

HARI TAUTAN UKHUWAH 2010 (MESRA ’10)

Hari Tautan Ukhuwah '10 merupakan salah satu program anjuran Kelab Hikmah, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di antara semua ahli kelab dan anggota Majlis Tertinggi Kelab Hikmah. Tema pada kali ini ialah TAUTAN UKHUWAH PENERAJU UMMAH MAWADDAH. Matlamat program ini di adakan adalah bagi mengeratkan ukhuwah di antara semua ahli kelab dan anggota Majlis Tertinggi Kelab Hikmah serta menghargai ahli-ahli kelab hikmah yang telah banyak berjasa. Antara objektifnya ialah membina hubungan baik antara Majlis Tertinggi Kelab Hikmah dengan semua ahli kelab. Di samping menghargai jasa dan kecermelangan ahli Kelab Hikmah, ia turut mengeratkan ikatan ukhuwwah di kalangan ahli-ahli usrah. Meningkatkan kesihatan diri dan memenuhi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah selari dengan dasar HEP untuk memupuk BUDAYA TERPILIH di kalangan pelajar. Dari sudut kemahiran insaniah pula, meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta memupuk kerjasama antara pasukan. Membentuk keyakinan diri di kalangi an ahli kelab dan meningkatkan kemahiran komunikasi antara Majlis Tertinggi dengan ahli-ahli kelab.

Thursday, March 18, 2010

~Program Sayonara Jahiliyyah~



Pada 13hb Mac 2010 lalu, bertempat di Balai Cerap Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah berlangsungnya Program Sayonara Jahilliyyah yang disertai oleh peserta akhawat iaitu seramai 15 orang. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini, dimulakan dengan pendaftaran para peserta. Sementara menunggu pendaftaran selesai,para peserta mengambil peluang dan ruang yang ada untuk melakukan sesi ta’aruf bagi mengeratkan lagi ukhwah antara satu sama lain.

Selesai sahaja sesi pendaftaran, para peserta telah dihidangkan dengan santapan yang enak sebagai pembuka selera bagi menambahkan lagi tenaga. Selesai sahaja bersarapan dan solat dhuha, para peserta telah bersedia untuk meneruskan lagi program Sayonara Jahilliyah ini. Kesungguhan dan semangat yang berkobar-kobar yang terpancar di setiap riak wajah para peserta mampu menyejukkan hati kami.

Program ini diteruskan lagi dengan slot yang pertama iaitu bertajuk “Apa Itu Jahilliyyah?”. Slot yang bermula pada pukul 9 pagi ini, telah disampaikan oleh Ukhti Noorhidayu dimana beliau telah menekankan beberapa aspek yang penting iaitu diantaranya adalah definasi islam dan jahiliyah, bagaimana untuk mengenali jahiliyah, mengapa perlu mengetahui jahiliyah, bagaimana untuk memilih antara islam dan jahiliyah, serta banyak lagi. Pada akhir slot ini, penceramah telah menghidangkan para peserta dengan tayangan video yang mampu meruntun hati peserta.

Slot yang seterusnya adalah slot yang terakhir iaitu “Bagaimana Menghindari Jahiliyah?” dimana slot ini juga telah disampaikan oleh Ukhti Noorhidayu. Slot ini membawa para peserta akan kepentingan mereka sebagai pemuda islam untuk mengenali ciri- ciri jahiliyah dan bagaimana cara yang terbaik untuk menghindarinya disamping dapat membuka minda para peserta akan betapa meluasnya karat jahiliyah di dalam kehidupan umat islam sekarang. Slot ini diakhiri dengan aktiviti LDK di mana peserta harus berbincang tentang tayangan video yang ditayangkan dan dikehendaki memberi pendapat berkaitan dengan jahiliyah dan islam.

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan aktiviti riadah pada pukul 5 petang yang bertemakan aktiviti tradisional iaitu baling selipar’. Aktiviti ini mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara akhawat dan sekaligus dapat menyihatkan tubuh badan. Program berakhir pada pukul 6.30 petang dan secara keseluruhannya, Program Sayonara Jahiliyah ini berjalan dengan lancar. Program ini penting untuk diadakan bagi memberi pendedahan kepada setiap ahli usrah akan bahayanya karat jahiliyah serta penting untuk menghindarinya.

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain))

Risalah Nabi Yang Amanah

Sejak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah, Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Sofa, Mekah, maksudnya:"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu sekelian, Tuhan yang memiliki seluruh langit dan bumi, tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turutlah kamu sekalian kepadaNya moga-moga kamu mendapat petunjuk". (Al-A'raf :158). Dakwah yang merangkum itu menjadi garis pemisah bagi seluruh alam. Pemisah antara zaman yang gelap gelita dengan zaman yang akan datang yang bersinar dengan cahaya dan bahagia abadi. Dakwah ini juga menjadi satu pengisytiharan yang terang dan nyata terhadap satu system yang baru yang disyariatkan Allah yang amat mengetahui dan amat bijaksana. Ia disampaikan oleh pesuruhNya Muhammad saw, pembawa khabar gembira dan pengingat manusia bersama kitabNya al Quran yang terang dan bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri daripada orang- orang muhajirin dan ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan penuh ihsan. Dakwah ini bukan satu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah yang tidak ada ciptaan yang lebih baik selain dari-Nya. Firman Allah, maksudnya, "Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al kitab (al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya, siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan". (as Syura:52-53)

Sumber: Antara Semalam Dan Hari Ini

(As-syahid Imam Hassan Al-Banna)

Monday, March 1, 2010

~ Ghazwul Fikri ~


Alhamdulillah...Jumaat baru nie telah diadakan BenQ ke 2...tajuknya ialah Ghazwul Fikri(Serangan Pemikiran)...Tujuan tajuk ini di bincangkan adalah kerana untuk memahami pengertian Ghazwul Fikri dan bahaya yang mengancam kaum muslimin...dan juga memahami bentuk-bentuk upaya umat jahiliyah dalam memperdaya kaum muslimin...mari kita rujuk kepada surah al-baqarah ayat 120..."dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka......"...pengajaran yang dapat kita amik dari ayat ini ialah orang yahudi dan nasrani tidak akan berhenti untuk menyesatkan kita, memesongkan kita dari landasan kebenaran yang kita ada sekarang ini...mereka tidak mampu untuk mengubah aqidah atau pegangan kita tetapi apa yang mereka ingin ubah ialah cara hidup kita...bagaimana kita meniliti liku-liku kehidupan seharian...mereka melihat islam itu sangat hebat sehinggakan mereka tidak mampu untuk memerangai secara lahiriah atau fizikal...Zwemer, seorang Nasrani mantan Yahudi mengingatkan kecilnya kemungkinan untuk kita menghancurkan ajaran Islam secra total, maka ia memberikan target dengan pernyataannya sebagai berikut: ”Tujuan kita bukanlah mengkristiankan ummat Islam, target kita adalah menjauhkan kaum muslimin dari ajarannya ini yang harus kita capai walaupun mereka tidak bergabung dengan kita”...jelas di sini bahawa itulah tujuan mereka terhadap kita dan kita nampak kesannya sekrang di mana-mana...mereka telah melancarkan serangan pemikiran ini untuk merosakkan akhlak kita, menghancurkan fikrah islamiah, melarutkan peribadi dan juga menumbangkan aqidah kita...terdapat 3 siri serangan pemikiran ini iaitu sebelum kebangkitan khalifah, semasa pemerintahan khlaifah dan juga setelah jatuhnya sistem khaligah islam di bumi ini....di sini ana sertakan satu catatan untuk memudahkan antum semua memahami tentang ta'arif Ghazwul Fikri...

Followers