Blogroll


ShoutMix chat widget

Thursday, June 10, 2010

Jihadun Nafs




Jihad paling besar adalah juhad nafsu. Semua sedia maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, namun bagaimana kedudukannya di dalam Islam? Jika di perhatikan, kedudukan jihad jatuh pada nombor 3 setelah rukun islam dan rukun iman. Mengapa jihad itu di anggap besar?

mari sama2 kita meneliti ayat al-quran, Allah berfirman maksudnya:"Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang2 beriman itu dirinya dan harta2nya dengan balasan syurga".

itulah tawaran yang ditawarkan oleh Allah kepada kita kerana jihad itu besar nilainya, maka di suruh beli. Jihad itu ada yang zahir@lahir dan ada yang batin. Dari segi lahirnya, jihad itu menentukan hidup dan mati Islam. klu ad jihad,hiduplah. kalu tidak ada jihad, matilah. Bginda ar-Rasul sangat menekankan tentang adanya jihad batin atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika pulang dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, baginda ar-Rasul bersabda:

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk mamasuki peperangan yang lebih besar. Shabat terkejut dan bertanya, 'peperangan apakah itu wahai Rasulullah? "Baginda berkata "Peperangan melawan nafsu" (Riwayat Al-Baihaqi).

Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangatlah susah. Mungkin kalau nafsu itu di luar jasad kita dan bolehlah kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh2, kita pasti di kalahkan untuk diperalat semahu2nya.

Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang di gambarkan oleh Allah sangat jahat.

"Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa kepada kejahatan".(Yusuf:53)

Dan dikuatkan lagi oleh sabda baginda ar-Rasul: "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu".

Insya Allah kita akan bersambung lagi di episod akan datang...tunggukan kedatangan video sambungan ceramah ini...selamat mendengar....

1 comments:

inilah yang menjadi persoalan kepada diri kita...bagaimana dengan tarbiyah semasa cuti semester kali ini...caner usaha kita untuk melawan segala tusukan yang terdapat di sekeliling kita...apakah kita akan biarkan nafsu ini menguasai diri @ kita yang menguasai nafsu itu sendiri...

Followers