Blogroll


ShoutMix chat widget

Friday, June 18, 2010

Kekejaman Israel




Dunia hari ini di kejutkan dengan satu keganasan yang sangat menyedihkan hati dan perasaan kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan sempadan. Kekejaman Israel @ tentera zionis ke atas penghuni tanah suci Palestine semakin menjadi-jadi dengan kes yang berlaku baru-baru ini yang mana tentera zionis telah melancarkan serangan hendap ke atas kapal Mavi Marmara yang di naiki oleh para sukarelawan bagi melaksanakan misi bantuan ke atas Gaza atau di kenalai sebagai ‘Flotila Kebebasan’. Harapan untuk membantu rakyat palestin tidak kesampaian apabila semua barang-barang yang di bawa telah di rampas oleh tentera zionis laknatullah dan mereka mengatakan bahawa kesemua barang-barang yang dirampas adalah senjata. Kini kita dapat melihat dunia sama-sama bangun mengancam Israel dan sekutu besarnya iaitu Amerika yang telah banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Demonstrasi berlaku di mana-mana sahaja kerana perkara ini bukan sahaja berkait dengan agama semata-mata bahkan hak asasi manusia dan keperimanusiaan individu itu sendiri. Di samping itu juga, perkara ini telah membawa mesej di mana Israel adalah sebuah negara yang jahat dan kejahatan mereka semakin menjadi-jadi.

Marilah sama-sama kita memperhatikan ayat Allah swt dalam surah al-Maidah,82 yang berbunyi:

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyembongkan diri.”

Kini, marilah kita sama-sama bangun dan memperjuangkan tanah suci ke-3 umat Islam yang menjadi tanggungjawab kita yang sebenarnya. Tidak pantas bagi diri kita untuk mengaku Masjidil Aqsa adalah milik kita sekiranya kita tidak melaksanakan tanggungjawab bagi memeliharanya dan hanya sekadar melihat perjuangan saudara-saudara kita yang berada di sekitar lingkungan zionis. Allah menjanjijkan kemenangan kepada umat Islam dan adakah kita mahu untuk menjadi sebahagian daripada golongan yang memberikan kemenangan itu???? Fikir-fikirkanlah...

0 comments:

Followers