BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…
Ungkapan yang agung menjadi permulaan bicara agar dengan laungan ini akan membuka lembaran baru bagi setiap inci yang tubuh yang mengadap warkah usang ini. Selawat dan salam ke atas pemilik nama agung Muhamammad bin Abdullah atas usaha yang dilaksanakan baginda menjadi paksi kepada manusia agar mencapai redhaNYA hingga ke penghujung alam ini.
Ahlan wa sahlan,ana ucapkan kepada adik-adik yang baru hadir bagi meniti perjalanan yang serba baru,serba indah,perjalanan yang mana akan memberikan langkahan gagah bak sang pahlawan BADAR dan semangat berkobar ibarat kerikil PALESTIN yang teguh,bersih hatinya bagi menggapai segulung ijazah.
Diiringi air mata ibu ditambah pula dengan nasihat ayah yang menjadi tunjang meneruskan perjuangan walau kadang-kadang hati ini disapa serta diusik nakal oleh tempias nafsu,namun segalanya diabaikan bagi meneruskan pencarian ilmu yang mana merupakan salah satu elemen penting bagi meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa.
Kini nama pelajar diganti dengan nama yang lebih gah,yakni apabila melangkah masuk ke universiti, adik-adik akan dikenali sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi. Tiada lagi manja ibu, tiada lagi gurauan ayah, hidup menjadi sendiri, berdikari mencari jalan terbaik bagi menghias dunia baru di UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA umumnya, dan KOLEJ TUN HUSSEIN ONN khususnya.
Hati yang penuh gelojak dan gelombang semangat bagi menawan pentas tertinggi pendidikan pastinya mudah untuk adik-adik meneruskan kehidupan di alam universiti ini. Dengan bukti mendapat keputusan yang terbaik di matrikulasi,ada hebat perwatakannya datang dari aliran agama,ada hebat pengalamannya ada datang dari aliran diploma.pastinya memberikan gambaran bahawa bagi mencapai sekeping ganjaran ijazah bukanlah satu usaha usaha yang susah.BENARKAH??
Walaupun masih panjang jalan yang bakal direnangi,penuh dengan onak duri tapi pasti setiap dari darah suci yang baru mengalir di bumi UTM ini ingin membuktikan pada ayah dan ibu, segenggam ijazah inilah yang bakal membalas jasa serta pengorbanan mereka. Tercapainya ijazah ini,samaada ijazah sarjana muda kejuruteraan awam,ijazah muda pendidikan atau sebagainya boleh dianggap SELANGKAH MENGGAPAI CITA-CITA.
Namun, persoalannya adakah ini dianggap penerobos untuk berjaya?adakah dengan adanya kudrat yang sedikit,keringat yang tidak seberapa bagi merealisasikan impian boleh dianggap kejayaan?adakah kejayaan memperoleh sehelai kertas IJAZAH dianggap kenangan terindah?memori yang yang bakal meghiasi cantik bait-bait kata kepada cucu?tampalan dinding rumah digantung gambar bediri megah di pentas IJAZAH?
ALLAH BERFIRMAN:
(SURAH AL-BAQARAH, 2:30)
“DAN (INGATLAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT,” AKU HENDAK MENJADIKAN KHALIFAH DI BUMI” MEREKA BERKATA, “ APAKAH ENGKAU HENDAK MENJADIKAN ORANG YANG MEROSAK DAN MENUMPAHKAN DARAH DISANA, SEDANGKAN KAMI BERTASBIH MEMUJI-MU DAN MENYUCIKAN NAMA-MU?” DIA BERFIRMAN, “SUNGGUH, AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI.”
Diingatkan kembali penciptaan asal manusia bahawa ALLAH S.W.T mencipta kita sebagai seorang KHALIFAH yang mampu memimpin dunia agar mampu mengelak dari tercebur ke lembah durjana yakni api neraka yang azabnya tidak terperi. Sakit sekali digambarkan azab itu kerana perasaan takut pasti mengetarkan jiwa-jiwa yang berjuang mencari redha ILAHI.
FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AZ-ZARIYAT:
(SURAH AZ-ZARIYAT, 51:56)
“AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN AGAR MEREKA BERIBADAH KEPADAKU”
Indah sungguh bicara ALLAH S.W.T untuk kita sebagai hamba-Nya apatah lagi dengan ‘title’ baru yang kita pegang sebagai mahasiswa supaya menjadi panduan kepada adik-adik bagi menjalani kehidupan yang serba baru di universiti ini.
Mahasiswa yang berjaya pasti akan terlaksana dengan adanya usaha yang dimana dibicarakan apabila penat menjenguk mereka sekalipun pasti mereka tepis dengan semangat yang kental. Ditambah dengan adanya bekalan selesa iaitu mengetahui tujuan penciptaan kita di bumi ini kerana kita pasti ALLAH S.W.T menciptakan kita bukannya dengan SIA-SIA ! menghantar kita ke bumi ilmu di selatan tanah air ini bagi menjalankan satu tuntutan agama yang tidak terperi LENGKAPNYA CITA-CITA..!!!
INSYAALLAH, mudah-mudahkan dengan sedikit coretan warkah usang ini akan memberikan adik-adik satu motivasi baru yang mana jika kita lupa,inilah bekal kita supaya dimana kita berada kita diingatkan bahawa PELENGKAP CITA-CITA IALAH KHALIFAH dan menyakini segala kerja yang dilakukan walaupun sekecil kacang gajus,walau seberat paus biru,walaupun sehebat cristiano ronaldo bermain bola hanyalah KERANA IBADAH untuk-NYA.
0 comments:
Post a Comment