Blogroll


ShoutMix chat widget

Friday, July 16, 2010

BooTh KeLaB HiKMaH



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat serta salam di sampaikan kepada junjungan besar baginda ar-Rasul saw kerana dengan usaha penat lelah baginda kita berada dalam iman dan islam. Tidak lupa kepada sahabat-sahabat baginda yang hidup bersama dalam memperjuangkan kalimah tauhid dan para pengikut-pengikut baginda yang kini bertebaran di atas muka bumi. Pada 3 Julai yang lepas, Utm telah menerima lebih kurang 3000 mahasiswa baru dalam melanjutkan pengajian sesi 2010/2011. Tahniah kami ucapkan. Baru-baru ini, Kelab Hikmah telah membuka booth sepanjang Minggu transformasi Mahasiswa atau MTM. Sambutan yang amat menggalakkan kami terima daripada mahasiswa baru khususnya di Kolej Tun Hussein Onn(KTHO). Pada kali ini, booth Kelab Hikmah bertapak di hadapan Dewan Sri Merbau (DSM). Booth Kelab Hikmah telah di bahagikan kepada beberapa sudut seperti sudut bacaan,sudut jualan, sudut kuiz dan juga sudut Palestin. Sewaktu menayangkan video-video yang berkaitan dengan Palestin pada layar kain putih, kami mendapat sambutan yang hebat. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa sangat prihatin kepada info-info terkini yang berlaku di Palestin. Kami juga ada menyediakan Tabung Derma Palestin bagi mewakili Aqsa Syariff yang mana turut serta dalam Kapal Mavi Marmara. Semoga segala yang kita dermakan ke dalam tabung tersebut menjadi pahala kita di akhirat kelak. Amin. dan tidak lupa juga kepada ahli-ahli Kelab Hikmah yang bertugas kerana sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit datang awal ke UTM bagi mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baru. Semoga Allah memandang apa yang kita lakukan ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayang-Nya. Amin.





3 comments:

suhailah abdullah like this :)

aishah binti misran likes this too :))

tahniah kelab hikmah...semoga terus bersemangat dalam kita menuju syurga Allah....

Followers