Blogroll


ShoutMix chat widget

Monday, August 1, 2011

Yela Yela Aku Pegi Dulu

Syaitan terpaksa bercuti sebulan! Jangan disangka pelajar sekolah dan cikgu-cikgu sahaja yang ada cuti bermusim yang panjang tempohnya. Jangan sangka wanita berpantang sahaja yang cuti panjang. Syaitan pun akan bercuti panjang. Walaupun kalau boleh mereka ingin terus menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dengan cemerlang.


Namun, jangan disangka syaitan “cuci tangan” daripada menggoda anak Adam. Sebelum bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadhan untuk menerapkan segala sifat mazmumah dalam diri anak Adam kerana syaitan takkan bersama anak Adam sepanjang Ramadhan.

Dipasaknya kukuh sifat-sifat buruk, kelakuan dan perbuatan yang bertentangan dengan syariat, seterusnya memujuk manusia agar terus menerus mengerjakan larangan Allah. Bersungguh-sungguh si syaitan menyeru manusia kepada mungkar dan menjauhkan manusia daripada makruf.

Sementara syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan kita melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun yang sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah lagi dengan sukarela. Dengan ini semoga noda hati yang dituai ketika syaitan bebas menggoda anak Adam dapat dicuci kembali.

Jika dalam bulan Ramadhan ini, stesen radio dan televisyen mengubah kandungan siaran mereka menjadi lebih islamik, dihiasi dengan bacaan al-Quran serta zikir, pengisian agama dan sebagainya, adakah kita tidak ingin pencapaian peribadi kita meningkat sepanjang Ramadhan?

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Apabila datangnya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika syaitan sedih sepanjang Ramadhan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadhan. Semoga natijah akhir iaitu mampu dicapai. Amin

dipetik dari Majalah Solusi Isu 34 m/s 24


0 comments:

Followers