Blogroll


ShoutMix chat widget

Thursday, July 28, 2011

Ramathon On The Road

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,

Semoga dibawah rahmat Allahu ya Rab. Bersyukur kita kerana beberapa hari lagi akan menjejakkan lagi ke bulan yang dirahmati lagi ditunggu iaitu bulan Ramadhan. Terdapat beberapa riwayat yang boleh dikongsi.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya tujuh ratus kali ganda"

Allah S.W.T berkata

"Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu"

Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan : kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulu orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T 

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Perasankah kita disekeliling kita ada rakan-rakan kita, ahli keluarga kita ataupun sesiapa sahaja, tidak berkesempatan untuk menjejakkan kaki bulan Ramadhan. Dua orang sahabat penulis telah kembali ke rahmatullah beberapa hari ini sebelum bulan Ramadhan menginjakkan secara zahirnya. Atas sebab itu, bersyukurlah kita kerana masih diberi kesempatan untuk berdoa, malah beribadah untuk memperbaiki amalan kita. Allah adalah sangat dekat dengan kita, kerana itu dengan rahmatNya, hidayah itu tidak putus datang kepada kita. Tidak kira di saat kita terbaca Majalah Solusi tentang puasa (mungkin), menghadiri ceramah dan sebagainya.

Ayuh gunakan nikmat yang ada Allah limpahkan ini, untuk kita hargai dengan amal ibadah kita. Ikhlaskan diri setinggi mungkin. Tabahkan diri menghadapi ujian. Ingatlah, Allah telah menjanjikan berita gembira kepada orang mukmin. Bersabarlah menantinya dan yakinlah.

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

0 comments:

Followers