Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua-dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata: 'Dakilah.' Aku berkata: 'Aku tidak boleh melakukannya.' Mereka berkata: 'Kami akan memudahkan untuk kamu mendaki.'
Maka, aku mendaki sehingga ke puncak gunung. Kemudian, aku terdengar satu suara yang sangat kuat. Aku bertanya: ' Suara siapakah itu?' Mereka menjawab: 'Itu adalah jeritan para penghuni neraka.'
Kemudian, aku dibawa pergi dan aku melihat orang digantung buku lalinya, mulutnya terkoyak dan menaglir darah. Aku bertanya: ' Siapakah mereka itu?' Mereka menjawab: 'Mereka itulah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya." (Riwayat al-Baihaqi)
Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman keras sedemikian rupa, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia akil baligh masih boleh dimaafkan lagi, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang sudah berstatus mukalaf.
p/s : Kelmarin, penulis melihat sebuah restoran makanan segera yg ada kaunter pandu lalu, laju memberikan pesanan daripada pelanggan yang rata-ratanya orang islam dan lelaki. Mungkin mereka beli untuk teman pejabat. Sekadar anekdot di pagi sabtu.
1 comments:
yang pastinya
bila yakin masuk waktu, baru boleh buka puasa =]
Post a Comment