12 Rabiulawal merupakan hari yang sangat bermakna kepada seluruh umat Islam di seluruh Dunia kerana tarikh ini merupakan tarikh bersejarah Nabi Muhammad s.a.w. lahir kedunia. Sinar cahaya dakwah yang dibawa dan diperjuangkan Rasulullah s.a.w. menyinar terang kesetiap pelusuk dunia.
Setiap tahun, sambutan Maulidul Rasul akan diadakan di Malaysia. Sambutan diadakan disetiap peringkat, tidak kiralah samada di peringkat sekolah, universiti, negeri ataupun peringkat nasional. Setiap kali pasti saja ada tokoh-tokoh Maulidul Rasul yang diumumkan dan perjuangan mereka sememangnya dihagai. Namun begitu, apakah sambutan ini berjaya untuk mencapai objektifnya yang sebenar , iaitu melahirkan umat Islam yang benar-benar menyintai Rasulullah?
Khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ismail di UTM Skudai, 11hb Febuari benar-benar berkesan, dinamik dan bertepatan dengan masyarakat hari ini. Persoalan utama yang diajukan khatib adalah berkaitan dengan ketulenan dan kesahihan tentang pengakuan kasih dan sayang kita kepada Rasulullah s.a.w.Isi khutbah ada menyentuh, jikalau benar seseorang itu menyintai Rasullullah lebih daripada segala-galanya, maka kemiskinan akan melanda dirinya lebih laju dari air banjir yang mengalir. MasyaAllah. Adakah kita sanggup untuk menanggung semua beban itu? Adakah kekayaan dunia jauh lebih penting kepada kita ataupun kebahagian di dunia dan akhirat yang dikejar? Tepuk dada tanyalah selera. Tetapi ingat, setiap dugaan yang Allah beri kepada hambanya adalah kerana ingin kita bertambah beriman, belajar erti kesyukuran dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Konklusinya, kasih dan sayang kita kepada Rasulullah bermakan kita kasih dan sayangkan Allah. Jadi, marilah kita bermuhasabah diri dan bersama-sama membaiki diri kita yang lemah ini. Jadikanlah Rasulullah dan Allah sebagai cinta sejati diri kita, kerana cinta itulah yang sebenar-benarnya tulen dan sahih.
3 comments:
Penyusunanayat yang sangat menari dan isi pun sungguh menari...terus mara dan maju kehadapa...Insya Allah
ada 2 peristiwa yang ingin saya letakkan di sini iaitu:
1)Syahidnya Imam Hasssan Al-Banna(12 Feb 1949)
3)Perletakan jawatan oleh Husni Mubara(12 Feb 2011)
insyaAllah.. dalam perusahan dan penambahbaikkan
Post a Comment