Blogroll


ShoutMix chat widget

Monday, May 23, 2011

Ekspedisi Mahasiswa Kental [X-MAKE 2011]


Ekspedisi Mahasiswa Kental [X-MAKE 2011] telah diadakan di Suara's Chalet, Mersing. Program tahunan ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 16 sehingga 18 Mei 2011. Bertemakan Misi Al-Fateh, peserta diuji mental dan fizikal untuk menjadi seorang tentera yang baik.


"Alhamdulillah, syukur dan tahniah kepada semua peserta yang telah mengikuti X-MAKE2011. Kami memohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan daripada pihak kami. Semoga kalian terus bersemangat membuat perubahan ke arah kebaikan. Semoga kalian dapat mempelajari sesuatu daripada kami, sesungguhnya terlalu banyak yang telah kami pelajari daripada kalian selama beberapa hari kami bersama kalian" [Kelab Iqra' UTM]

Kelab Hikmah telah menghantar beberapa mahasiswa untuk menyertainya. Menurut Irfan Shahrin, peserta dari Kelab Hikmah, beliau berpendapat aktiviti mencabar ini wajar diadakan oleh Kelab Hikmah untuk menguji ketahanan daya dan minda seorang dai'e persediaan ketika berada di lapangan dakwah kelak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


SolehMusleh
23 Mei 2011

1 comments:

tahniah kepada semua pelaksana dan peserta. moga beroleh input yang menjana amal yang istiqamah. insyaAllah. terbaik!~

Followers