Blogroll


ShoutMix chat widget

Wednesday, November 18, 2009

PENGERTIAN ISLAM

Islam yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. tidak harus disamakan denga agama menurut fahaman umum kerana ianya deen fitrah yang merangkumi semua aspek hidup manusia samada rohani dan material, individu dan masyarakat, agama dan politik dan segala urusan hidup didunia dan diakhirat.Firman Allah (An-Nahli:89)

Rasulullah s.a.w. telah memberi takrif yang bermacam-macam tentang Islam menurut keadaan orang yang bertanya dan suasana majlis, dan ulama’ juga memberi takrif yang banyak. Kesemuanya tidak ada percanggahan, tetapi sambung-menyambung dam kait-mengait antara satu sama lain dan nenunjukkan nilai yang terlalu tinggi.Disini dinyatakan beberapa takrif Islam:

I. Dalam hadith riwayat Bukhri yang menerangkan bagaimana suatu hari dating bertemu mengadap lutut denga Rasulullah s.a.w.didalam satu mjlis ilmu.Kemudian dia bertanya tentang apakah ertinya Islam.Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Islam ialah engkau mengetahui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah , mendirikan solatmu, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan serta menunaikan haji di Baitullah jika berkuasa.”

II. Islam bererti ketundukan dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatinya yang lahir di kesedaran bukannya paksaan.Ini kerana ketundukan terpaksa merupakan tabii’ makhluk sebagai hamba kepada pencipta.Tidak boleh tidak perlu kita memberi ketundukan kepada pencipta kita.Walaupun tidak ada perhitungan pahala dan dosa.

Adapun ketundukan dengan sepenuh kesedaran adalah merupakan hakikat Islam dan ketundukan seperti itu timbul adanya pahala dan dosa dan sebagai bukti penuh ketundukan kepada Allah adalah redha menerima agamanya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Kerana itu Islam menurut pengertian ialah merupakan agama Allah yang diredhai, agama yang diwahyukan kepada rasulNya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.

III. Islam adalah ‘way of life’peraturan yang bersifat pengatur hidup dalam kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w.untuk disampaikan kepada umat manusia dan berbahagialah orang yang mentaatinya.Firman Allah (surah Luqman:22)

IV. Islam merupakan kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada rasulnya, baik peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, ibadah, ma’amalah dan lain-lain yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan menyampaikan kepada umat manusia.

V. Islam adalah pedoman hidup yang sebenarnya, petunjuk kepada semua aspek hidup dan kehidupan manusia, ubat mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat dan jalan baik bagi orang yang bersedia untuk mengikuti.


Segala takrif yang tersebut diatas hanyalah contoh belaka,dan ditambah lagi dengan beberapa takrif yang dikemukakan kesemuanya dapat diterima jika merangkumi aspek yang ada di dalam Islam dan tidak menimbulkan keraguan.

0 comments:

Followers