Blogroll


ShoutMix chat widget

Saturday, August 14, 2010

~ S!N@r R@mADh@n ~

Senyum fajar 1 Ramadhan
Diiringi niat berpuasa sebulan
Seisi alam berzikir
Mentari bagai tidak sabar menyuluh bumi
Bugar pagi menyaksi penghuninya tersenyum
Kerana niat amalnya kerana Allah


Bergegaslah umat pada malamnya
Berbuka sekadarnya mengikut sunnah
Mengatur langkah berjemaah mengadapNya
Telah datang sinarnya
Karnival ibadat besar-besaran
Berlokasi seluruh dunia
Tapak amal yang mesti direbut
Terbuka kepada semua orang Islam yang “berakal”
Ganjaran lebih dari seribu bulan
Dan yang lebih menarik menanti di “ sana ”

Dalam bahasa aturcara yang mudah :

Setting Niat mu
Upgrade Iman mu
Download Sabar mu
Upload Usaha mu
Delete Dosa mu
Update Doa mu
Top Up Ilmu mu
Add Redeem Pahala Dengan Tarawikh
Protect Virus Tamak Ketika Berbuka
Edit Sikap mu

Telah datang kepada hamba
Bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah.

Hari-harinya adalah hari-hari paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam
yang paling utama.
Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan kita diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya.

Di bulan ini nafas-nafas mu menjadi tasbih,
Tidur mu adalah ibadah,
amal-amal mu diterima,
dan doa-doa mu diijabah.

Berdoalah dalam solat penuh syukur
Itulah saat-saat yang paling utama dan sangat indah
Yakni ketika Pencipta cinta memandang dengan penuh kasih;
Dia menjawab ketika hambaNya menyeru
Menyambut ketika hambaNya memanggil,
Dan Dia meliputi rahmatNya
Mengabulkan doa ketika hambaNya meminta.

Sinar Ramadhan
Membuka bersamanya pintu-pintu syurga,
Berdoalah
Agar ia tidak akan tertutup untuk kita
Pintu-pintu neraka tertutup,
Bermohonlah
Agar ia tidak akan pernah dibukakan bagi kita.
Syaitan-syaitan terbelenggu,
Mintalah
Agar ia tidak lagi menguasai kita

Dan akhirnya Ramadhan tetap berlalu
Meninggalkan sinar yang galak bercahaya
Terpancar keinsafan seorang hamba
Moga imannya terus menyuluh
Hingga Ramadhan seterusnya

0 comments:

Followers