Blogroll


ShoutMix chat widget

Saturday, August 21, 2010

Alhamdulillah,
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang menjadikan segala yang melata di atas muka bumi, yang menentukan segala takdir hidup dan mati seseorang.
Pejam celik-pejam celik, akhirnya kita telah memasuki pada fasa ke-2 di dalam bulan Ramadhan. Kita mengharapkan segala amalan yang kita laksanakan sepanjang 10 hari yang lepas memberikan banyak kebaikan dan manfaat terhadap diri sendiri dan juga rakan-rakan yang lain yang berada di sekeliling kita. bayangkan sekiranya kita bekerja dengan sesebuah company, dalam 1 bulan kita di beri gaji sebanyak RM1000, tapi tiba-tiba sampai suatu bulan yang lain, kita di beri gaiji dengan Rm700 000. berlipat kali ganda yang kita perolehi. Saya yakin dan pasti bahawa, semua orang akan berusaha lagi gigih untuk teruskan mendapat gaji sebanyak itu sepanjang masa.
Nah!!! Inilah ia,satu bulan di mana Allah menjanjikan kepada kita dengan 1 kebaikan yang kita lakukan akan di beri ganjaran dengan 700 kali pahala lebih dari hari-hari biasa. Pasti dan pasti, rakan-rakan semua tidak mahu ketinggalan dalam melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Banyak perkara atau benda yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pahala sebanyak itu sebagai contoh, baginda ar Rasul menggalakkan kita supaya perbanyakkan sedeqah dan apabila di lihat dari aspek seerah itu sendiri, baginda meningkatkan amalan sedeqah di dalam bulan Ramadhan. Dan yang ke-2 iaitu memperbanyakkan membaca al-Quran. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini talah di turunkan al-Quran yang mulia yang melebihi dari kitab-kitab yang sebelumnya. Sebuah kitab yang menjadi panduan bagi kita terus hidup di muka bumi ini dan mentadbir dunia. Atleast, dalam bulan ini, kita meletakkan satu target supaya kita mampu mengkhatamkam al-Quran dalam masa sebulan. Baginda ar Rasul emngajar kita di mana jika kita ingin meletakkan sesuatu target, kita mestilah meletakkan terget tersebut adalah yang paling tinggi. Kerana dengan target tersebutlah kita akan berusa untuk mencapai apa yang kita inginkan.
Sekian dahulu dari saya pada kali ini. Semoga kita mampu menjalani ibadah puasa dengan penuh tabah walaupun dalam kesibukan yang sentiasa memenuhi ruang hidup seharian.
Wallahu'alam..

0 comments:

Followers