The BEST 2011

Bengkel Solat bersama Ustaz Ajmain dari Fakulti Tamadun Islam

JKM Day KTHO

Pameran Kelab Hikmah dan Jualan Al-Quran

Perhimpunan RIMBA

Berkelah bersama-sama adik-adik Tahun 1 di Air Terjun Gunung Pulai

IFTAR Kubra

Berbuka Puasa Bersama-sama Setiap Hari Khamis Dua Minggu Sekali

Kem Pemantapan Kelab Hikmah

Kursus Pengurusan Untuk Ahli-Ahli Kelab Hikmah

Blogroll


ShoutMix chat widget

Sunday, February 13, 2011

12 Rabiulawal merupakan hari yang sangat bermakna kepada seluruh umat Islam di seluruh Dunia kerana tarikh ini merupakan tarikh bersejarah Nabi Muhammad s.a.w. lahir kedunia. Sinar cahaya dakwah yang dibawa dan diperjuangkan Rasulullah s.a.w. menyinar terang kesetiap pelusuk dunia.

Setiap tahun, sambutan Maulidul Rasul akan diadakan di Malaysia. Sambutan diadakan disetiap peringkat, tidak kiralah samada di peringkat sekolah, universiti, negeri ataupun peringkat nasional. Setiap kali pasti saja ada tokoh-tokoh Maulidul Rasul yang diumumkan dan perjuangan mereka sememangnya dihagai. Namun begitu, apakah sambutan ini berjaya untuk mencapai objektifnya yang sebenar , iaitu melahirkan umat Islam yang benar-benar menyintai Rasulullah?

Khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ismail di UTM Skudai, 11hb Febuari benar-benar berkesan, dinamik dan bertepatan dengan masyarakat hari ini. Persoalan utama yang diajukan khatib adalah berkaitan dengan ketulenan dan kesahihan tentang pengakuan kasih dan sayang kita kepada Rasulullah s.a.w.Isi khutbah ada menyentuh, jikalau benar seseorang itu menyintai Rasullullah lebih daripada segala-galanya, maka kemiskinan akan melanda dirinya lebih laju dari air banjir yang mengalir. MasyaAllah. Adakah kita sanggup untuk menanggung semua beban itu? Adakah kekayaan dunia jauh lebih penting kepada kita ataupun kebahagian di dunia dan akhirat yang dikejar? Tepuk dada tanyalah selera. Tetapi ingat, setiap dugaan yang Allah beri kepada hambanya adalah kerana ingin kita bertambah beriman, belajar erti kesyukuran dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Konklusinya, kasih dan sayang kita kepada Rasulullah bermakan kita kasih dan sayangkan Allah. Jadi, marilah kita bermuhasabah diri dan bersama-sama membaiki diri kita yang lemah ini. Jadikanlah Rasulullah dan Allah sebagai cinta sejati diri kita, kerana cinta itulah yang sebenar-benarnya tulen dan sahih.

Tuesday, February 1, 2011

Krisis Di Mesir

Mini Ukhuwah 2011

15 Januari 2011, Balai Cerap - Telah berlangsung Program Mini Ukhuwah dikalangan ahli jawatankuasa Kelab Hikmah dengan jayanya.

Sesi pagi, berkumpul di Balai Cerap, UTM untuk mendengar sedikit Taujih Ruhiyah dan Daurah Alangkah Peliknya Ikhwah (API) yang telah di sampaikan oleh Bro.Hussaini. Peserta memberikan tumpuan yuang sepenuhnya kepada talk yang diberikan kerana pengisian tersebut sangat menarik dan memberikan kesedaran kepada mereka yang mendengarnya. Sekitar jam 12.45 tengahari, berehat dan makan tengahari dan solat zohor.

Program disambung semula dengan Talk bertajuk Inilah Peranan Kita yang telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Hikmah, Ahmad Ajwad. Kemudian sesi BBQ.

Peserta pulang untuk bersiap sedia untuk sesi malam. Sesi malam peserta ditanyangkan movie bertajuk Sang Murabbi. Menceritakan pengalaman pahit dan getir seorang ustaz yang berusaha mengembangkan dakwah di Bumi Indonesia.

Jam 11 malam, semua peserta bersurai. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Program Mini Ukhuwah pada tahun ini. Jazakumullau Khairan Kathira...

Followers