Blogroll


ShoutMix chat widget

Wednesday, June 1, 2011

Tombo Ati


Assalamualaikum buat sahabat-sahabat dan teman-teman, moga dibawah limpahan rahmatNya, InsyaALLAH. Setelah sebulan berlalu...produktifkah cuti anda? Sudah pasti ramai yang telah merancang pelbagai aktiviti sebelum cuti bermula.Tahukah anda... inilah masanya dan ruang yang diberi oleh Allah untuk mengisi kekosongan hati yang selama ini disibukkan dengan hal-hal akademik dan sebagainya.

Sebagai cadangan penuhkan aktiviti cuti ini dengan menambah amal. Memandangkan bulan Rejab semakin menghampiri, apatah Ramadhan yang semakin kunjung tiba. Pasti ramai yang tidak sabar dengan kehadiran bulan-bulan ini. Inilah masanya untuk kita rancakkan kembali ibadah kita. Tidaklah kita nanti kelam kabut dan panik dengan puasa wajib pada Ramadhan kelak.

Banyakkan membaca Al-Quran dan maknanya untuk meningkatkan lagi kefahaman kita. Berjagalah malam dan banyakkan berzikir untuk kentenangan jiwa. Rajin-rajinkan diri bertemu dengan orang yang soleh dan berhimpunlah dengan mereka untuk memperoleh ilmu. Inilah tombo ati! [ubat hati]. Mudah-mudahan usaha-usaha kita yang kecil ini diberkati Allah.

Tombo Ati

Artist: Opick
Song Category: Nasyid 
Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
 
SolehMusleh
1 June 2011
9.50pm

0 comments:

Followers