‘Youth Camp’ 10’ bermula pada petang hari Jumaat 5 Februari 2010 dimana para peserta telah berkumpul di depan DSM sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju. Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam amat membuatkan para peserta tidak sabar dan teruja untuk memulakan perkhemahan ini.
Setelah sampai ke lokasi pada pukul 10 malam, para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu 3 kumpulan akhawat dan 2 kumpulan ikhwah. Setiap kumpulan telah diberikan satu sampul surat dimana didalam setiap sampul surat tersebut terdapat satu silang kata yang perlu diselesaikan. Para peserta telah berusaha keras untuk menyiapkan silang kata tersebut. Aktiviti ini diadakan bertujuan agar para peserta dapat berkenalan (taaruf) antara satu sama lain dengan menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu mereka saling bekerjasama disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sirah. Aktiviti ini berakhir pada pukul 12.30 malam dan rasional aktiviti ini dapat difahami oleh setiap peserta dengan baik
Pada keesokannya, para peserta telah dibukakan minda, dikejutkan dari lena, dan disedarkan dari mimpi dengan penerangan beberapa slot yang telah dijadualkan di dalam program. Slot pertama telah disampaikan oleh Cik Nurafida Binti Jusoh iaitu bertajuk ‘Tanggungjawab Pemuda Islam’. Para peserta telah diberi pendedahan tentang tanggungjawab pemuda islam dalam memelihara islam sebagai agama yang suci. Pemuda islam yang juga digelar pemimpin yang bakal menegakkan syariah di muka bumi ini mampu untuk memimpin dan mengawal diri daripada unsur- unsur jahiliyah yang yang telah berkampung dalam jiwa masyarakat disamping dapat mencegah kemungkaran dan menyeru kepada kebaikan. Slot ini diakhiri dengan aktiviti LDK di mana peserta dikehendaki memberi pendapat berkaitan dengan tanggungjawab pemda islam berdasarkan video-video yang ditayangkan.
Slot yang seterusnya adalah slot yang dinamakan Sistem- Sistem Usrah dimana slot ini telah disampaikan oleh En. Hj Tahar. Slot ini membawa para peserta akan kepentingan mereka sebagai pemuda islam disamping mementingkan aspek rukun usrah dan tarbiyah melalui sistem usrah yang teratur untuk membawa perubahan ke arah mencapai Ustazi'atul alam (berdasarkan 7 maratib amal).
Slot yang terakhir telah disampaikan oleh En. Muzaffar dengan tajuk ‘Islam Yang Syumul’. Didalam slot ini, beliau telah menekankan kepentingan individu muslim untuk memasuki islam secara keseluruhannya berpandukan pengertian dari petikan surah Al- Baqarah ayat 208.
Aktviti diteruskan lagi pada malamnya iaitu aktiviti kembara malam. Didalam aktiviti ini, setiap peserta dikehendaki menutup mata menggunakan kain dan dikehendaki duduk didalam kumpulan yang telah dibahagikan. Setiap kumpulan akan dibawa oleh fasilitator masing-masing ke tempat yang tertentu. Sepanjang perjalanan tersebut, mereka akan diganggu oleh fasilitator-fasilitator yang terlibat. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menguji sejauh mana kebergantungan mereka kepada Allah serta sejauh mana kepercayaan mereka terhadap ahli kumpulan masing- masing. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menguji kekuatan individu pemuda islam itu sendiri dalam menepis segala virus jahiliyah dalam menegakkan syiar islam di atas muka bumi ini. Selepas aktiviti ini tamat dijalankan, para peserta telah dihidangkan dengan santapan video yang mampu menyentuh hati nurani yang bertajuk ‘Open Your Eyes’.
Pada hari ketiga, para peserta telah bersiap sedia untuk mengikuti aktiviti yang seterusnya iaitu ‘Treasure Hunt’ di samping dapat mendaki serta menawan Gunung Arong. Didalam aktiviti ini, setiap peserta telah dibekalkan dengan sebotol air mineral dan sebungkus roti. Sebelum memulakan perjalanan mendaki Gunung Arong, setiap peserta dikehendaki menunaikan solat dhuha ketika tiba di kaki gunung serta berkumpul untuk membaca doa masuk hutan yang diketuai oleh fasilitator. Para peserta amat teruja dengan pengalaman baru dimana mereka dapat menunaikan solat didalam hutan. Didalam aktiviti ‘Treasure Hunt’ ini, setiap kumpulan perlu melengkapkan segala keperluan di setiap ‘check point’. Aktiviti ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman para peserta terhadap slot dan mempraktikkan segala ilmu di dalam Diskusi Hikmah disamping dapat menambahkan pengetahuan mereka terhadap islam yang syumul. Aktiviti ini berakhir pada pukul 2.30 petang dan kemudiannya para peserta bersiap-siap untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. ‘Youth Camp’ berakhir pada pukul 5.45 petang dan bertolak balik ke UTM pada pukul 6.00 petang.
Secara keseluruhannya, ‘Youth Camp’ ini dapat berjalan dengan lancar dan penting untuk dianjurkan bagi meningkatkan kefahaman para peserta terhadap islam serta mempratikkan segala ilmu yang didapati di dalam Diskusi Hikmah disamping melahirkan individu muslim yang mampu menegakkan syiar islam di atas muka bumi ini. Wallahu a’lam.
1 comments:
Salam...alhamdulillah yc kali ni sngt lain dr yg terdahulu...terlalu tkjub dengan keindahan ciptaan Allah SWT sehinggakan x terucap dari kate2...hanye HATI yg mampu merasainya...dan diharapkan MATLAMAT yg disetkan tercapai dengn jayanya..rasenye x terlmbat lg utk ana mengucpkn tahniah skali lg kpd penggerak yc kali ni samaade di dpn @ dbelakang tabir...jazakumullahu khairan kathira..
Jalan y kita lalui sngt indah jika betul2 mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dlm segala hal..wallahu a'lam..
"Dan org2 yg berjihad utk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereke jalan2 Kami.Dan sungguh Allah beserta org yg berbuat baik"(29:61)
Post a Comment