Blogroll


ShoutMix chat widget

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul 1431




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda Nabi junjungan Muhammad s.a.w, sekalian ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, serta tabi' dan tabi'in dan buat sekalian makhluk Allah yang wujud di muka bumi ini.

Sungguh tidak kita jangkakan bahawa masih lagi kita di beri kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini di mana tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah lahirnya seorang putera Abdullah yang telah membawa sinar dan harapan yang baru kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini. Inilah satu hari yang bersejarah dalam episod umat Islam di mana lahirnya Mhammad bin Abdullah putera Aminah dan cucu kepada Abdul Mutallib dan anak saudara kepada Abu Talib. Sebuah keluarga yang di pelihara rantaian keluarganya oleh Allah s.w.t. Baginda di utuskan untuk menyinari suatu zaman kegelapan iaitu jahiliyah kepada suatu zaman pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa iaitu Nur Islam.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Kami daripada Kelab Hikmah mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2010 buat semua teman seIslam, tidak lupa juga rakan-rakan diseluruh ceruk rantau bumi Malaysia khasnya dan dunia Islam amnya. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri sirah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita. Benarlah catatan Micheal Hart yang telah meletakkan baginda SAW sebagai manusia No. 1 terkenal dan berpengaruh di dunia.


4 comments:

Salam..
mungkin boleh di edit pada baris ke 7 para 2..putera Aminah sebenarnya..

ehem..baguih halawa..aktif2...thumbs up..

alhamdulillah..but the right spelling is nurhalawa...=)..salam maulidur rasul 1431H....

Followers