The BEST 2011

Bengkel Solat bersama Ustaz Ajmain dari Fakulti Tamadun Islam

JKM Day KTHO

Pameran Kelab Hikmah dan Jualan Al-Quran

Perhimpunan RIMBA

Berkelah bersama-sama adik-adik Tahun 1 di Air Terjun Gunung Pulai

IFTAR Kubra

Berbuka Puasa Bersama-sama Setiap Hari Khamis Dua Minggu Sekali

Kem Pemantapan Kelab Hikmah

Kursus Pengurusan Untuk Ahli-Ahli Kelab Hikmah

Blogroll


ShoutMix chat widget

Thursday, December 31, 2009

U C A P A N P R E S I D E N K E L A B 2010/2011






Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera diucapkan kepada semua warga Kolej Tun Hussein, Universiti Teknologi Malaysia. Pertamanya, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita merasai nikmat kebahagiaan hidup yang dikecapi sekarang dibawah payungan rahmat dan kasih sayang daripada-Nya. Sekalung tahniah dan syabas buat warga penggerak Kepimpinan Hikmah, kerana berjaya menerbitkan risalah Mutiara Hikmah ini untuk tatapan semua. Segala hasil usaha yang ditonjolkan oleh kalian, moga-moga membuahkan hasil yang bemanfaat buat warga kolej. Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, barisan Felo-felo dan Pembantu Felo, barisan Kepimpinan JKM KTHO , yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada kami, bagi mencapai dan merealisasikan Visi dan Misi Kelab Hikmah. Secara ringkasnya, Kelab Hikmah adalah suatu organisasi yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga kolej, sama ada dari sudut fizikal mahupun rohani. Setiap aktiviti yang dirancang, adalah ke arah untuk melahirkan mahasiswa-mahasiswa kolej yang berilmu pengetahuan dan mempunyai kefahaman yang sebenar dalam Islam, serta mewujudkan suasana yang kondusif demi kesejahteraan bersama. Sesungguhnya, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya, perlu mempunyai kekuatan diri dari segi rahani dan jasmani, agar mampu menghadapi cabaran dan dugaan mengharungi alam pembelajaran. Diharapkan, semoga semua warga kolej dapat memberikan komitmen yang sewajarnya kepada setiap aktiviti yang kami rancangkan, bagi memenuhi dan melengkapi kehendak dan keperluan yang diharapkan oleh anda semua. JazakaAllahukhairan. Kathira.
Presiden Kelab Hikmah 10/11
Khairul ikhwan b. Ruslan

Wednesday, December 30, 2009

Hadis 1 (Niat)


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.


Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa
tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kenapa niat penting :
untuk bezakan ibadat dengan adat.
untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat.
haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).
4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).
5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas
matahari …..(hadis nazar seorang lelaki)
Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.
Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/
tidak melampau/ menepati syariat.
Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak
makan - berdosa.

Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

~IMAM NAWAWI~

Sunday, December 27, 2009

~ MINI UKHUWAH 2009 ~

Alhamdulillah, program mini ikhuwah 2009 berjalan dengan lancar dan jayanya, bertempat di Bilik Seminar KTHO, Sabtu, 19/12/2009. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran ahli kelab. Penyertaan sangat menggalakkan. Program di mulakan dengan penyampaian oleh abg Muzaffar dan di susuli oleh kak Dzurina. kemudian berhenti rehat untuk makan tengahri dan bersiap untuk solat zohor berjemaah di Surau Mahabbah. Pukul 2.30,ketua kelab handle untuk meeting perjalanan/aktiviti setiap unit untuk sesi baru 2010/2011. selepas asar, semua ahli kelab di minta untuk berkumpul di dataran Dewan Sri Merbau unruk aktiviti beriadah. ikhwah dan akhawat semuanya enjoy dengan aktiviti masing-masing. malamnya, perbincangan setiap unit diteruskan dan di akhiri dengan pembentangan segala aktiviti dan tugas masing2.tahniah di ucapkan kepada semua ahli kerana semangat dan memberi komitmen yang sangat tinggi dalam Program Mini Ukhuwah 2009 kali ini....
~jazakallhu khair~....









Thursday, December 24, 2009

Ukhuwah Selamanya...





Sahabat Sejati
Album : Nilai Cinta
Munsyid : Alginat
http://liriknasyid.com


Kugoreskan sebentuk wajah melukis parasmu
Kuberikan senyuman kecil di sudut bibirmu

Mengenang kembali kenangan indah saat kita bersama
Berbagi rasa satukan cita melangkah di jalan-Nya
Lalui hari yang membentang di hadapan kita
Saling berjanji tuk setia dan menjaga

Sahabat sejati takkan mengkhianati
Seorang teman rela untuk berkorban
Sahabat sejati coba tuk memahami
Seorang teman takkan meninggalkan

Tuesday, December 22, 2009

Jadikanlah Aku Sebaik Dia....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




”Aku mengabdi kepada Allah bukan kerana takut kepada neraka, bukan pula ingin masuk syurga.. tetapi aku mengabdikan diri kerana cintaku dan rinduku padaNya. Tuhanku jika kupuja Engkau kerana takutkan neraka bakarlah aku di dalamnya. jika kupuja Engkau kerana mengharapkan syurga jauhkanlah aku daripadanya, tetapi jika Engkau ku puja semata-mata kerana Engkau maka janganlah sembunyikan kecantikanMu yang kekal dariku.”

-Rabi'atul Adawiyah-

MUHARRAM MENJELAMA LAGI...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi) .

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARRAM

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM).
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt”.
Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat

Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.




di petik dari http://akanmati.wordpress.com/2008/01/09/kelebihan-bulan-muharram/

Wednesday, November 18, 2009

Zulhijjah kembali


Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Esok (18.11.09) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah pada tahun ini. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah

Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3

Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandnagan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,

“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj

“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi

“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)

JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA


1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :
Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”

dan di dalam riwayat lain :

“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :

“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya


diambil daripada: http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=14&parent=06

PENGERTIAN ISLAM

Islam yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w. tidak harus disamakan denga agama menurut fahaman umum kerana ianya deen fitrah yang merangkumi semua aspek hidup manusia samada rohani dan material, individu dan masyarakat, agama dan politik dan segala urusan hidup didunia dan diakhirat.Firman Allah (An-Nahli:89)

Rasulullah s.a.w. telah memberi takrif yang bermacam-macam tentang Islam menurut keadaan orang yang bertanya dan suasana majlis, dan ulama’ juga memberi takrif yang banyak. Kesemuanya tidak ada percanggahan, tetapi sambung-menyambung dam kait-mengait antara satu sama lain dan nenunjukkan nilai yang terlalu tinggi.Disini dinyatakan beberapa takrif Islam:

I. Dalam hadith riwayat Bukhri yang menerangkan bagaimana suatu hari dating bertemu mengadap lutut denga Rasulullah s.a.w.didalam satu mjlis ilmu.Kemudian dia bertanya tentang apakah ertinya Islam.Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Islam ialah engkau mengetahui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah , mendirikan solatmu, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan serta menunaikan haji di Baitullah jika berkuasa.”

II. Islam bererti ketundukan dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatinya yang lahir di kesedaran bukannya paksaan.Ini kerana ketundukan terpaksa merupakan tabii’ makhluk sebagai hamba kepada pencipta.Tidak boleh tidak perlu kita memberi ketundukan kepada pencipta kita.Walaupun tidak ada perhitungan pahala dan dosa.

Adapun ketundukan dengan sepenuh kesedaran adalah merupakan hakikat Islam dan ketundukan seperti itu timbul adanya pahala dan dosa dan sebagai bukti penuh ketundukan kepada Allah adalah redha menerima agamanya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Kerana itu Islam menurut pengertian ialah merupakan agama Allah yang diredhai, agama yang diwahyukan kepada rasulNya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.

III. Islam adalah ‘way of life’peraturan yang bersifat pengatur hidup dalam kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w.untuk disampaikan kepada umat manusia dan berbahagialah orang yang mentaatinya.Firman Allah (surah Luqman:22)

IV. Islam merupakan kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada rasulnya, baik peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, ibadah, ma’amalah dan lain-lain yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan menyampaikan kepada umat manusia.

V. Islam adalah pedoman hidup yang sebenarnya, petunjuk kepada semua aspek hidup dan kehidupan manusia, ubat mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat dan jalan baik bagi orang yang bersedia untuk mengikuti.


Segala takrif yang tersebut diatas hanyalah contoh belaka,dan ditambah lagi dengan beberapa takrif yang dikemukakan kesemuanya dapat diterima jika merangkumi aspek yang ada di dalam Islam dan tidak menimbulkan keraguan.

Friday, November 13, 2009

Riadah ukhuwwah- Qawiyyul Jism..

Alhamdulillah..

Akhawat KH bersama akhawat KI telah bersama-sama riadah pada hari rabu ptg yang lalu..Setelah masing2 bertungkus lumus menghadapi peperiksaan..kita dikurniakan kesempatan untuk bertemu di gelanggang futsal padang versi sopan..walaupun games sekejap je sebab hujan..tapi sangat bermakna..

Keputusan satu sama-seri.demi ukhuwwah..dan kita turut mendapat pengisian rohani di akhir program.meningkatkan iman, pengubat hati..tentang mukmin yang kuat lebih disukai Allah..


Semoga aktiviti sebegini sentiasa berjalan di semester hadapan dalam kita mengukuhkan ikatan ukhuwwah dengan madu' baru, kita dapat meningkat stamina dan menguji fizikal..Ramai jaguh baru muncul..

Jumpa lagi di next game..

Saturday, October 24, 2009

Semoga Berjaya...

Sekejap sungguh masa berlalu...minggu peperiksaan bakal tiba tak lama lagi..
Semoga kawan-kawan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan disamping sentiasa berdoa, bertawakkal kepada Allah..Biarpun sibuk dengan urusan peperiksaan, jangan dilupa amal-amal fardhu dan sunat..Qiamullail dan tilawah Al-Quran sentiasa ditingkatkan..

"Ya Tuhan Kami!Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu , dan sediakanlah petunjuk untuk kami dalam menyelesaikan urusan kami"

'Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berikanlah aku kefahaman dan pengertian yang baik"

Thursday, October 15, 2009

Sekitar AGM KH 2009

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Kelab Hikmah telah berjaya menganjurkan AGM dan Jamuan Raya pada 11 oktober baru-baru ini.
AGM bertempat di Bilik Seminar manakala Jamuan Raya di Dewan KTHO.
Barisan kepimpinan baru kelab telah berjaya dilantik hasil dari syura dan undian.

Semoga mereka yang terpilih akan dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin demi mendapat keredhaan Allah.Bermisi melahirkan warga kolej yang soleh wa musleh.

Bagi yang baru nak mengenali KH, KH semester akan datang mempunyai Unit baru iaitu Unit Surau.Antara fungsi dan peranan unit-unit dalam KH seperti berikut,

Unit Internal-Menguruskan pembangunan sumber manusia,progrm untuk nuqaba
Unit External- Menguruskan program2 Kelab,(umum)
Unit Intelligent -Sebagai unit dokumentasi dan penerbitan, poster,iklan
Unit Supportive- Berusaha mencari dana dan menguruskan penjualan dsbg berkaitan
Unit Surau- Di kalangan Ikhwah-> (Melahirkan individu muslim)

Suasana AGM-Ikhwah




Ucapan dari ketua kelab yg lama.


Ucapan dari ketua Kelab yg baru

Tuesday, September 15, 2009

Menangkah Aku?


Assalamualaikum w.b.t. Ramadhan sedikit demi sedikit merangkak jauh daripada kita. Namun, kesannya berdasarkan amalan yang kita lakukan tetap tinggal bersama kita. Apa yang menjadi perhatian di sini adalah, saban hari kita bersahur, berpuasa, berbuka , menangkah kita pada hari tersebut? atau pun puasa yang diamalkan adalah sekadar melengkapi syarat rukun Islam yang lima. Oleh itu, pembaca sekalian, bukan mudah untuk kita menghayati erti Ramadhan dan juga bukan mudah untuk kita meneruskan amalan kita selepas bulan Ramadhan. Apa yang harus difikirkan dan dilakukan adalah muhasabah diri sendiri setiap hari. Kita juga perlu memastikan apa yang dilakukan hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam. Ana di sini ingin menyeru kepada diri sendiri dan pembaca sekalian, agar meneruskan amalan kita di bulan-bulan biasa sebagaimana amalan kita di bulan Ramadhan. Terpulang pada diri kita sahaja, sama ada nak . Mahupun tak nak. Tepuk dada tanyalah Iman. Wassalam

Friday, September 11, 2009

Surat Cinta buat kita


Bersempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan...
Al-Quran merupakan suatu ‘surat cinta’ dari Allah buat kita.Diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun ,(surah Makkiyah dan Madaniyah) untuk panduan keselamatan manusia di dunia dan di akhirat.
Al-Quran sebenarnya penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi dalam hidup.Untuk menghargai kepentingan Al-Quran ini, kita sebagai muslim perlulah menghargai dan merasai cinta Allah terlebih dahulu. Cinta Allah yang pastinya berbeza dari cinta manusia.
-Allah memberi tanpa meminta dibalas
-Allah beri sebelum kita minta
-Allah memberi berulang dan berterusan.
Allah beri sesuatu yang sangat berharga
-Allah memberi yang baik dengan maksud yang baik.
Justeru, lihatlah Al-Quran ini sebagai petunjuk, misi dan visi hidup,pendorong hidup,perisai hidup, penawar dan pengubat, serta bekalan hidup.
AL-QURAN itu NUR (Cahaya), FURQAN (Pembeza), AZ-ZIKR (Peringatan)

Sunday, August 30, 2009

Manfaatkan Ramadhan...



Semoga kita semua sentiasa berada dalam Redha-Nya..Sesungguhnya Ramadhan ini ibarat Mega Sale yang perlu kita rebutkan.

10 mlm pertama -Pintu Rahmat Allah

10 mlm pertengahan - keampunan dari Allah

10 mlm terakhir -Dibebaskan dari api neraka


Sudah lebih seminggu kita bersama Ramadhan, bagaimana dengan amal? sudah berapa juzu' Tilawah Al-Quran ?, konsistenkah Qiamullail kita di setiap malam-malam hening Ramadhan, bagaimana dengan amalan sunat lain? infaq, sedekah, adakah dilakukan? istighfar, tasbih, tahmid, takbir bagaimana?... sudahkan kita memohon doa dengan penuh pengharapan??
Teruskan istiqamah. Bagi yang masih belum memulakan, mujahadahlah untuk melakukannya.Kerana Syurga Allah itu mahal..

Semoga dengan amalan kita yang konsisten akan memberi kekuatan dan kesempatan dari Allah untuk kita bertemu dengan Lalilatul Qadar..

Risalah bulan Ramadhan

Wallahu'alam..

Wednesday, August 26, 2009

Ramdhan sebagai Universiti Tarbiyah

Salam Ramadhan 1430 buat semua muslimin dan muslimat..Alhamdulillah, Allah memberikan kita kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang lebih mulia dari seribu bulan ini.

Sesungguhnya Ramadhan, adalah masa dan kesempatan untuk kita memperbaiki sahsiah diri, meningkatkan amal, iman dan taqwa.Bulan Pesta Ibadah yang sangat meriah.Perbanyakkan amalan-amalan sunat terutama zikir,selawat,istighfar,solat sunat malam.jugak solat terawih.Disamping ibadah wajib seperti solat dan puasa itu sendiri yang diwajibkan semasa bulan Ramadhan.

Imam Al-Ghazali membahagikan orang yang berpuasa kepada 3 darjat;

1.PUASA ORANG AWAM- Puasa orang awam ialah sebagaimana yang difahami dari hukum Fekah iaitu menahan nafsu makan dan minum serta kemaluan dari nafsu dan syahwat.

2. PUASA KHUSUS - Iaitu menahan anggota badan daripasa melakukan dosa.

3.PUASA KHUSUS- Iaitu puasa hati drpd segala yang lain dari Allah, redha kepada Allah dengan sepenuhnya serta menjadikan cinta-Nya mengatasi cinta yang lain.

Seharusnya, apabila kita menghampiri akhir Ramdhan, sedih dan hiba hati kita kerana akan meninggalkan bulan yang penuh barakah ini. dan tamatnya ramadhan pentingnya untuk kita tamatkan seolah-olah graduan yang tamat konvokesyen..Bagi memastikan ini berlaku, penuhilah ramadhan dengan amal soleh yang mantap..dan jangan lupa untuk meneruskan segala amal tersebut di bulan selepas ramadhan.Jadikan bulan ramadhan sebagai masa turning point untuk berubah menjadi lebih baik.

Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Jabir katanya;Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud;

"Ramadhan telah datang kepada kamu. Ia adalah bulan yang Allah memenuhkannya dengan keberkatan, menurunkan rahmat padanya, memadamkan kesalahan. memakbulkan doa, menunggu mereka yang berlumba melakukan kebajikan dan malaikat Allah berbalah mengenai kebajikan kamu. Maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan, kerana orang yang celaka ialah orang yang tidak mendapat rahmat Allah dalam bulan tersebut."

Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasullullah s.a.w. ;
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu."

Semoga setiap dari kita meletakkan impian untuk mencapai level muttaqin dalam graduasi universiti Tarbiyah ini.

Tuesday, August 18, 2009

Bulan Sya'aban

Bulan Sya'aban semakin meninggalkan kita. Adakah kita sudah bersedia untuk Ramadhan? Mari lah kita bersama-sama recheck diri kita. Wallahualam.

Risalah Sya'aban

p/s: Risalah Ramadhan akan menyusul kelak.

Tuesday, August 11, 2009

X-Press 09 (31 Julai - 2 Ogos 2009)

Assalamualaikum...

Tempat: Tunjuk Laut Resort, Tanjung Leman
Tarikh: 31 Ogos 2009
Tema: Merentas Sejarah Membawa Satu Misi

Alhamdulillah, Kelab Hikmah sekali lagi telah selesai menjalankan program Xpress 09 / Kem Eksplorasi Remaja Super 09. Tujuan program diadakan adalah;

1) membina ukhwah di antara ahli kelab terutamanya
2) memperkenalkan konsep dan kepentingan usrah kepada ahli baru
3) membina individu muslim iaitu tangga terbawah dalam 7 maratib amal


Sabtu- ISK (4 session) with LDK
Ahad- eXPLORACE, main Pantai , muhasabah program



Monday, August 3, 2009

Sejarah Penubuhan Kelab Hikmah KTHO

Bismillah..

Segalanya bermula pada Semester II Sesi 2000/2001 apabila KTHO mengadakan Kursus Pemantapan JKM 2001 bertempat di Kem Wira Jaya, Janda Baik, Pahang Darul Makmur pada 8 hingga 11 Mei 2001. Barisan penaja Kelab Hikmah yang dahulunya pelajar kolej lain telah dijemput ke program tersebut sebagai peserta, khusus untuk membincangkan mengenai kegiatan kerohanian di kolej. Antara barisan penaja yang terlibat ialah Mohamad Rizza Bin Othman, Mohd Fadhillah b Sabali dan akhawat KTHO.

Semasa di sana, biro-biro JKM telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membincangkan isu-isu berkaitan dengan hal-ehwal biro masing-masing. Kami telah ditempatkan bersama-sama dengan ahli AJK Biro Kerohanian. Pelbagai isu dibangkitan dan diperbincangkan. Antara resolusi perbincangan tersebut, ahli kumpulan sepakat untuk menubuhkan sebuah kelab bagi mengendalikan program-program yang berkaitan dengan dakwah dan tarbiyah di Kolej yang diberi nama Kelab Hikmah. Beberapa individu telah ditugaskan untuk memulakan usaha penubuhan kelab dan antara Ahli Jawatankuasa Penaja Kelab Hikmah pada masa itu ialah Mohamad Rizza Bin Othman, Mohd Fadhillah Sabali dan Dzurina Abu Bakar.

Setelah tamat kursus, kami balik ke UTM dengan semangat yang berkobar-kobar kerana ruang untuk kami menyumbang kepada dakwah terbuka luas. Apabila semester baru bermula, kami mengumpul insan-insan yang mahu terlibat dalam medan ini untuk bergabung tenaga menjalankan tugas dakwah. Antara individu-individu yang terlibat ialah seperti Akh Mohd Haidir Maslan, Akh Abdul Manaf bin Kalam, Akh Mohd Syahrani, Akh Mohd Taufiq Jaafar, Akh Mohd Yusri, Akh Shah Khairul dan ramai lagi. Melalui golongan inilah KH mula mengorak langkah.

Matlamat penubuhan kelab pada masa itu ialah untuk menyemarakkan kegiatan dakwah dan tarbiyyah di Kolej. Antara strategi yang dijalankan ialah dengan memperkenalkan halaqah atau usrah blok. Dalam strategi ini setiap blok akan mempunyai seorang naqib di mana ia bertanggungjawab untuk melakukan usaha dakwah dan tarbiyyah di blok jagaannya. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa usrah. Selain daripada bacaan Yasin setiap malam Jumaat diadakan aktiviti seperti riadah, tazkirah dan sesi ramah mesra.

Selain usrah blok, KH juga manganjurkan program-program luaran seperti Khemah Ibadah, Mukhayyam dan Tamrin. Program-program seperti ini diadakan untuk merapatkan ukhuwwah antara peserta di samping aktiviti-aktiviti yang membentuk fikrah, ruh dan jasad ke arah ketaqwaan kepada Allah SWT.

KH pada awalnya memberi penumpuan kepada pembinaan individu. Oleh kerana AJK Penaja merupakan pelajar-pelajar kanan dan rata-rata mempunyai setahun hingga dua tahun lagi di UTM, pembentukan pelapis amat penting. Mereka inilah yang bakal meneruskan perjuangan melebarkan jalur dakwah apabila barisan Penaja tiada nanti. Dengan itu program-program dan pendekatan yang dirancang lebih menjurus kepada dakwah fardiyah dan aktiviti-aktiviti yang berskala kecil selain mengukuhkan organisasi yang sedia ada. Program seperti usrah nuqaba’, tamrin nuqaba’ dan mesyuarat MT KH sering diadakan bagi tujuan membentuk individu muslim di samping perbincangan memantapkan pengurusan organisasi.

Setelah tamat setahun, AJK Penaja digantikan dengan yang baru. AGM pertama berjaya dijalankan dan organisasi baru KH dipilih. Kini lembaran baru KH bermula. Banyak lagi cabaran yang bakal ditempohi. Dan semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk sukses selalu.


Disediakan oleh,

MOHAMAD RIZZA BIN OTHMAN
Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja,
Kelab Hikmah KTHO. Justify Full

Tuesday, July 21, 2009

X PAQ

X Paq / eksplorasi al-Quran telah berlangsung di DSM KTHO pada 9 Julai 2009. Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan Kelab Hikmah kepada ahli baru dan konsep usrah secara tidak langsung kepada mereka. Program tersebut telah dihadiri seramai 20 orang ikhwah dan 40 orang akhawat. Felo penasihat KH, Cik Siti Norafida juga hadir untuk memberi ucap tama kepada ahli-ahli baru ini.

Photobucket
Ucapan felo penasihat

Photobucket
Group kecil

Photobucket
Group kecil

*hanya ada gambar ikhwah dalam simpanan...

Booth KH at JKM Day

Assalamualaikum,

Pada 13 Julai 2009, Kelab Hikmah telah mengambil bahagian dalam Program JKM Day KTHO. Program 2 hari tersebut bertujuan untuk memperkenalkan kelab-kelab yang bernaung di bawah KTHO. Booth KH terletak di hadapan pintu masuk Dewan Seri Merbau. Di samping mendaftarkan keahlian ahli-ahli baru, KH juga menjual tafsir al-Quran, baju, kitab-kitab agama dan pelbagai lagi. Secara kesimpulannya, program tersebut telah berjaya menarik adik-adik baru di tahun 1 untuk mengenal dan menyertai kelab hikmah secara mendalam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Monday, July 20, 2009

Risalah Digital

Assalamualaikum

Mulai bulan ini, dan seterusnya, Kelab Hikmah akan mendigitalkan risalah bulanan dalam bentuk PDF. Segala kemusykilan boleh di ajukan kepada moderator. Download link ada disediakan di bawah. Selamat mendownload.


Safar 1430H
RabiulAwal 1430H
RabiulAkhir 1430H
Rejab 1430H

Ahlan Wa Sahlan

Assalamua'laikum ...

Ahlan wa sahlan buat mereka -pelajar baru sessi 2009/10 yang mendaftar di Kolej Tun Hussein Onn. Semoga anda semua sentiasa berada dalam redha-Nya.Semoga langakah kaki anda ke UTM ni membawa seribu erti dan bakal membawa sinar kegemilangan dalam hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.Tahniah kerana berjaya menjadi warga UTM secara umumnya dan Warga KTHO secara khususnya.

Sempena JKM Day di dewan Seri Merbau bermula pada 1 & 2 Julai 2009 ini, sidang Kelab Hikmah ingin mengalu-alukan kedatangan adik-adik ke booth kami yang cantik dan menarik lagi tertarik.

Ia kami memberikan layanan terbaik bagi anda yang ingin mengenali Kelab Hikmah dengan lebih dekat lagi.Sebuah kelab yang lebih dari biasa. Di Booth kami, anda boleh sertai kuiz Tafsir,Sirah, Tauhid, matematik dan lain-lain lagi. Juga terdapat hadiah menarik untuk mereka yang menjawab soalan kuiz.Juga pelbagai flyers dan artikel terkini Kelab Hikmah,juga perkhidmatan kemasyarakatan kami.Tidak dilupakan tayangan video program-program Kelab yang telah berlalu.


Jika ingin menyertai kami, cepat-cepat isi borang pendaftaran.Juga boleh daftarkan diri untuk aktiviti kami yang terdekat dan terhebat X-PRESS 09 (31Julai-2 Ogos)

Followers